Mengenai BeritaBenar
BeritaBenar adalah perkhidmatan berita dalam talian yang bersekutu dengan Radio Free Asia dan melaporkan dalam lima bahasa: Bahasa Malaysia, Indonesia, Bengali, Thai dan Inggeris. Wartawan dan pemberita sambilan BeritaBenar terdiri daripada mereka yang sangat dedikasi dalam membawa kebenaran kepada pembaca serta turut terikat dengan kod etika kewartawanan yang ketat. BeritaBenar juga adalah agensi berita yang mempromosi aliran berita bebas, tepat dan tidak berat sebelah, dengan dibiayai oleh geran tahunan United States Agency for Global Media, sebuah agensi bebas Amerika Syarikat.