Kod Etika Kewartawanan
· Wartawan BenarNews perlu bertanggungjawab mendapatkan ketepatan dalam tugas mereka. Laporan dan kandungan lain mestilah tepat, seimbang dan berobjektif. Maklumat mestilah disahkan sebelum ia disiarkan dengan keutamaan diberikan kepada penggunaan sumber yang sah, sekiranya perlu. Maklumat mestilah dikumpul, dikemas kini dan diperbetulkan sepanjang hayat sesuatu berita.
· Wartawan BenarNews mestilah sentiasa tenang, tidak memihak dalam tingkah laku dan pelaporan profesional mereka, dan harus mengelak polemik, propaganda atau penghinaan terhadap mana-mana individu, kumpulan atau kerajaan. Wartawan BenarNews mesti mengemukakan semua sudut pandangan tanpa bersikap berat sebelah dan mengelak daripada terlibat dalam advokasi atau ulasan yang memberi pendapat atau pendirian berbanding daripada kewartawanan yang berasaskan fakta dan bertanggungjawab.
· Wartawan BenarNews tidak boleh menggalakkan tindakan keganasan, pemberontakan atau penghijrahan. Semasa melaporkan mengenai keganasan, ekstremisme atau ancaman keganasan, wartawan BenarNews mestilah: berwaspada dan berhati-hati terhadap sebarang potensi bahaya terhadap diri sendiri dan orang lain; serta tidak membenarkan BenarNews dipergunakan sebagai platform untuk propaganda ekstremis atau ancaman ganas. Wartawan/editor BenarNews mestilah merujuk kepada Timbalan Editor Pengurusan atau Editor Pengurusan sebelum menerbitkan sebarang bahan yang boleh meletakkan BenarNews dalam kedudukan berisiko dipergunakan sebagai platform untuk tujuan sedemikian.
· Wartawan BenarNews tidak boleh memasukkan khabar angin, maklumat salah atau maklumat tidak berasas dan teori konspirasi dalam mana-mana laporan atau kandungan lain tanpa merujuknya sebagai sedemikian.
· Sekiranya perlu, mereka mesti mencari dan mendapatkan lebih daripada satu sumber bagi sesuatu berita. Sumber perlulah dinyatakan, sekiranya perlu, atau maklumat yang mencukupi perlu diberikan supaya pengguna kandungan BenarNews boleh memutuskan sendiri mengenai kebenaran maklumat dan perspektif yang dikongsikan oleh sumber-sumber itu. Bagaimanapun, sekiranya perlu, wartawan BenarNews mesti mengambil langkah-langkah untuk melindungi / tidak membahayakan sumber berita dan menghormati permintaan supaya nama mereka tidak disiarkan.
· Jika seseorang wartawan BenarNews melakukan kesilapan bahan dalam berita, komentar atau perkongsian kandungan yang disiarkan atau diterbitkan oleh BenarNews, maka wartawan dan perkhidmatan bahasa mesti segera mengakui kesilapan itu dan membuat pembetulan, lazimnya menerusi medium komunikasi yang sama di mana kesilapan itu disebarkan.
· Wartawan BenarNews mesti memberikan kredit sepenuhnya, dengan memetik nama sumber, apabila menggunakan mana-mana bahagian dalam wawancara, laporan atau bahan organisasi berita atau sumber media yang lain.
· Sebarang foto, video atau bahan visual lain yang diterbitkan oleh wartawan BenarNews mestilah mematuhi garis panduan editorial BenarNews.
· Wartawan BenarNews mestilah kekal bebas daripada mana-mana parti politik, kumpulan pembangkang, pertubuhan dalam buangan atau badan agama di negara-negara di mana laporan dan kandungan BenarNews disebarkan, dan tidak boleh menyokong mana-mana pandangan politik yang berpotensi menjejaskan atau dianggap menjejaskan objektiviti atau kesaksamaan BenarNews. Wartawan BenarNews juga dijangka mengekalkan keberkecualian politik dalam media sosial tanpa mengambil kira rantau yang menjadi ulasan mereka.
· Wartawan BenarNews mesti menyatakan dengan jelas penyumbang luar dan, dalam sebarang komentar, meletakkan penafian bahawa pendapat yang dinyatakan adalah tidak semestinya pendapat BenarNews. Komentar mestilah diberi penerangan yang jelas mengenainya. Dalam setiap keadaan, BenarNews mempunyai hak untuk menyunting hasil kerja penyumbang luar dan membuat keputusan muktamad mengenai perkara yang dinyatakan dalam laporan atau kandungan lain.
· Wartawan BenarNews tidak boleh menerima barangan yang bernilai seperti hadiah, permintaan atau dorongan lain daripada sumber-sumber berita atau individu lain yang mungkin – atau dianggap sebagai – berada dalam kedudukan untuk mempengaruhi laporan dan kandungan lain BenarNews. Hadiah bernilai ($20 atau kurang) boleh diterima tetapi mestilah dimaklumkan kepada penyelia dan, jika dianggap tidak sesuai, harus dikembalikan dengan penjelasan penuh sopan.
· Wartawan BenarNews tidak boleh melakukan sebarang kerja atau aktiviti di luar BenarNews yang boleh menyebabkan mereka melanggar tanggungjawab terhadap BenarNews. Sesiapa sahaja yang ingin menjalankan tanggungjawab atau aktiviti luar sedemikian, termasuk memberi ucapan atau membuat penampilan awam lain yang boleh menjejaskan persepsi BenarNews, mestilah mendapatkan kelulusan terlebih dahulu seperti yang diperuntukkan dalam dasar Konflik Kepentingan.
. Dalam melaksanakan tugas mereka untuk BenarNews, wartawan tidak boleh memperkenalkan atau menampilkan diri mereka sebagai mewakili mana-mana entiti atau organisasi media, badan kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan yang lain.
. Sebarang pelanggaran Kod Etika Kewartawanan dan garis panduan editorial BenarNews boleh menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan sehinggalah dan termasuk pemberhentian kerja.