Perlawanan Bola Sepak Malaysia Dan Korea Utara Ditunda Lagi

Ray Sherman
2017.05.17
Kuala Lumpur
170517-malaysia-football-620.jpg Penonton bertepuk tangan semasa menyaksikan perlawanan bola sepak pasukan wanita antara tuan rumah Korea Utara dan Korea Selatan di Stadium Kim Il Sung di Pyongyang, 7 April, 2017.
AFP

Perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Korea Utara yang telah dijadualkan di Pyongyang pada 8 Jun depan telah ditangguhkan hingga Oktober berikutan kebimbangan keselamatan yang dibangkitkan oleh pegawai Malaysia.

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) membuat pengumuman pada Rabu untuk melambatkan sesi kelayakan ke Piala Asia 2019 menunjukkan kali kedua ia menangguhkan permainan antara kedua negara.Keputusan itu dibuat enam hari selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia [FAM] melahirkan kebimbangan bahawa pemain pasukan kebangsaan Harimau Malaya boleh terdedah kepada keracunan makanan "kerana kemungkinan sabotaj," sekiranya AFC mengkehendaki mereka untuk bermain di ibu negara Korea Utara.

Perlawanan yang dijadualkan pada 28 Mac itu mula ditangguhkan ke 8 Jun ketika perbalahan diplomatik tercetus selepas abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, mati selepas diserang senjata kimia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 13 Februari lepas, menurut pihak berkuasa Malaysia.

Satu kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh AFC tidak menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap isu kemungkinan makanan diracun tetapi menyatakan penangguhan perlawanan sekali lagi adalah "kerana ketegangan geo-politik di Semenanjung Korea."

Ketegangan memuncak di semenanjung Korea Utara apabila negara itu terus melakukan ujian tembakan peluru berpandu yang mencetuskan kemarahan jirannya Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyambut baik pengumuman itu dan maklumat berkenaan telah dimuat naik dalam aplikasi WhatsApp yang dihantar kepada wartawan.

"Ini adalah keputusan yang terbaik berdasarkan keadaan semasa di Pyongyang dan secara kebetulan ini adalah masa terbaik untuk pasukan kebangsaan untuk membuat persediaan yang perlu dan mengkaji kelemahan pihak lawan," kata Hamidin Mohd Amin.

Tiada kepastian

AFC berkata ia akan memantau isu keselamatan dan keamanan yang berterusan, serta satu lagi  perlawanan di mana Korea Utara akan menjadi tuan rumah kepada Mongolia pada 31 Mei ini, dan sekatan umur bawah 23 kelayakan perlawanan yang dijadualkan pada 19 hingga 23 Julai.

"Selepas perlawanan tersebut, AFC akan membuat keputusan mengenai tempat bagi kelayakan Piala Asia AFC pada 5 Oktober," kata kenyataan itu.

Ketegangan itu berakhir pada akhir Mac apabila Malaysia bersetuju untuk membuat pertukaran mayat Kim, dan dua rakyat Korea Utara yang disyaki memainkan peranan dalam pembunuhan itu, dengan sembilan rakyat Malaysia yang terperangkap di Pyongyang, beberapa minggu kerana pengharaman keluar.

Sejak itu, kedua-dua negara membatalkan sekatan pengharaman keluar berkenaan.

Pada 8 Mei, AFC, badan pentadbir 46 buah persatuan bola sepak di seluruh Asia, mengumumkan bahawa perlawanan akan tetap dimainkan di ibu negara Korea Utara pada 8 Jun.

Pada 11 Mei, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Presiden FAM dan juga Tunku Mahkota Johor tetap bertegas bahawa perlawanan perlu diadakan di padang bola yang neutral.

"Menurut maklumat yang saya terima, kita perlu membawa makanan kita sendiri kerana kemungkinan sabotaj," katanya.

Tunku Ismail berkata beliau bimbang jika Malaysia tidak dibenarkan bermain dan membatalkan  perlawanan berkenaan akan dikenakan denda sebanyak
AS$ 50,000 (RM216,000) serta tidak dibenarkan daripada menyertai peringkat kelayakan Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu. Sekiranya pasukan itu enggan bermain di Pyongyang. Skuad Harimau Malaya juga berisiko akan hilang kelayakan untuk menyertai perlawanan AFC pada masa depan, katanya.


Fadzil Aziz di Kuala Lumpur turut menyumbang kepada laporan ini.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.