Tiga Rakyat Indonesia Antara Tujuh Suspek Pengganas Ditahan Polis Malaysia

Zam Yusa
2018.07.19
Kuala Lumpur, Malaysia
180719-MY-ID-Terrorism620.jpg Anggota Polis Malaysia menggari seorang suspek dalam operasi lima hari yang membawa kepada penangkapan tujuh orang yang dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas, 19 Julai, 2018.
[Edaran Polis/BeritaBenar]

Pegawai-pegawai anti keganasan Malaysia menangkap tujuh suspek termasuk tiga rakyat Indonesia dan seorang rakyat penyokong kumpulan ekstremis Negara Islam yang didakwa mengancam untuk membunuh Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri, kata polis pada Khamis.

Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata, penangkapan itu dilakukan di negeri Terengganu, Selangor, Perak dan Johor dalam tempoh lima hari mulai 12 Julai.

Seorang daripada suspek itu yang merupakan rakyat Indonesia berusia 42 tahun dikaitkan dengan anggota Jamaah Ansharut Daulah (JAD), kumpulan militan yang terlibat dalam pembunuhan seorang pegawai polis semasa rusuhan di sebuah penjara di wilayah Jawa Barat, Indonesia pada 10 Mei lalu, katanya dalam satu kenyataan.

"Dia mengakui mempunyai hubungan dengan anggota JAD," kata ketua polis Malaysia itu.

Beliau berkata suspek lain, seorang lelaki  berusia 34 tahun yang menganggur, ditahan di Johor selepas didakwa melakukan ancaman dalam Facebook untuk membunuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V, Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan Mujahid Yusof Rawa, seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Dengan penangkapan terbaru itu, Malaysia, yang mempunyai majoriti penduduk Muslim, telah menahan 40 suspek keganasan tahun ini, menurut satu laporan rasmi polis yang dikumpul oleh BeritaBenar.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.