Sembilan Suspek Penyokong IS Ditahan Dalam Beberapa Serbuan Polis Malaysia

Anis Natasha
2017.03.24
Kuala Lumpur
170324-MY-arrests-1000.jpg Polis Malaysia mengaburkan wajah di dalam gambar yang menunjukkan pegawai anti-keganasan menangkap suspek yang dipercayai menyokong militan Negara Islam, di satu lokasi rahsia.
[Ihsan PDRM]

Pegawai Polis Anti-Keganasan Malaysia telah menahan sembilan individu dalam beberapa serbuan di lima negeri pertengahan bulan ini, termasuk seorang pekerja restoran yang dipercayai terlibat dalam plot untuk mengebom sebuah balai polis, kata angota tertinggi Polis negara itu pada Jumaat.

Polis tidak mendedahkan nama mereka yang ditahan semasa operasi antara 15 Mac hingga 21, tetapi Ketua Polis Negara berkata, pasukan itu telah berjaya menggagalkan plot untuk menyerang sebuah balai polis di  Perak apabila menahan pekerja restoran.

Menurut Ketua Polis Negara itu, lelaki berusia 31 tahun yang ditahan pada 17 Mac mempunyai hubungan rapat dengan sel IS di Poso yang terletak  di wilayah Sulawesi Tengah Indonesia di mana pasukan keselamatan Indonesia telah memburu sekumpulan pengganas IS – yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Mujahideen Indonesia Timur.

"Suspek yang bekerja sebagai pembantu restoran merancang satu serangan ke atas Balai Polis Tapah di Perak," kata Khalid dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa lelaki berkenaan telah berhubung dengan anggota IS Indonesia untuk mendapatkan bahan letupan yang akan digunakan dalam serangan yang digagal it
Berita mengenai penangkapan terbaru dipercayai militan dikeluarkan hampir 10 hari selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka telah menahan tujuh penyokong IS. Enam daripada mereka ditangkap di negeri Sabah di mana IS mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Islam yang beroperasi di selatan Filipina.

Dan, awal bulan ini, Polis Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah menggagalkan plot oleh empat lelaki Yamani - yang kini berada dalam tahanan - untuk menyerang Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz al-Saud dan rombongannya semasa lawatan diraja ke Malaysia itu.

Keempat-empat suspek adalah pemberontak Houthi, kata Khalid kepada BeritaBenar pada masa itu. Houthi adalah pemberontak yang disokong oleh Iran dalam memerangi pasukan pakatan tentera Arab di Yaman.
Pelbagai pekerjaan
Kesemua sembilan suspek dalam kumpulan terbaru itu ditahan di bawah Akta Keselamatan Kesalahan (Langkah-Langkah Khas) 2012, kata kenyataan Khalid pada Jumaat, membolehkan polis untuk menahan suspek selama 28 hari tanpa pendakwaan.

Selain daripada pekerja restoran itu, lapan yang lain termasuk seorang juruteknik sebuah syarikat pemeriksaan, seorang guru sekolah rendah, seorang pemilik kedai haiwan peliharaan, mekanik, seorang pekerja resort, seorang pekerja siber kafe dan dua pengawal keselamatan, kata polis.

Suspek ditahan semasa operasi di lima negeri iaitu di Perak, Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor.

Sejak tahun 2013, pihak berkuasa Malaysia telah menahan 294 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan IS, yang mana 66 telah pun dibebaskan, menurut angka terkini yang diperolehi BeritaBenar.

Juruteknik, berumur 27, telah ditangkap di Selangor dan dipercayai anggota kumpulan sel Gagak Hitam (Black Crow), yang ditumpaskan oleh pihak polis melalui penangkapan 14 orang ahli pada bulan September dan Oktober tahun lepas.

Sel IS berkenaan, Khalid berkata, bertanggungjawab melancarkan serangan bom ke atas kelab malam Movida di Puchong, Selangor tahun lepas, yang mencederakan lapan orang dan merupakan serangan pertama terhadap negara Malaysia.

"Dia mengaku menyediakan dana kepada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi," kata Khalid, sambil merujuk kepada seorang rakyat Malaysia yang didakwa telah berjuang untuk IS di Syria sejak 2015.

Polis menuduh Wanndy mendalangi serangan kelab malam di Puchong.

Seorang daripada sembilan suspek, iaitu seorang guru sekolah rendah berusia 37 tahun, dikatakan menyebarkan fahaman Salafi IS di laman Facebooknya bertujuan untuk merekrut ahli baru. Guru itu ditahan di Kulim, Kedah, pada 16 Mac.

Seorang lagi suspek yang ditahan pada hari yang sama adalah seorang pengawal keselamatan berusia 39 tahun, yang merancang untuk menyertai IS di Syria atau selatan Filipina, kata polis.

Empat hari kemudian, mekanik ditahan di daerah Kuala Krai di Kelantan.

"Mekanik berusia 32 tahun disyaki menyalurkan dana kepada IS di Syria dan mempunyai hubungan dengan anggota IS dari Malaysia di sana," kata Khalid.



Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.