Polis Malaysia Lumpuhkan Rangkaian Penyeludupan Syabu

Fahirul N. Ramli
2016.04.20
Kuala Lumpur
160420-my-khalid-meth-620 Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar bersama Pengarah Nakortik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada persidangan media mengenai rampasan dadah terbesar di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur, 20 April 2016.
Ihsan Polis DiRaja Malaysia/BeritaBenar

Polis Malaysia pada Rabu berkata, mereka telah membongkar sindiket penyeludupan dadah tempatan yang mempunyai rangkaian dengan India serta merampas 239 kilogram (526,9 paun) methamphetamine atau syabu- salah satu penemuan terbesar oleh Jabatan Narkotik tahun ini di Malaysia.

Penemuan dadah yang dianggarkan bernilai RM36 juta (US$9.3 juta) itu telah dirampas di dua lokasi serbuan oleh polis di Perak dan Selangor pada Selasa, dengan 10 suspek dari etnik Tamil Malaysia telah ditangkap, Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar berkata pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Kuala Lumpur.

Pegawai berkata, jumlah dadah itu cukup untuk dibekalkan kepada 12 juta penagih dadah di Malaysia, yang mempunyai undang-undang ketat terhadap penggunaan dan penyeludupan dadah.

"Dari Januari hingga hari ini, jumlah nilai rampasan dadah di negara adalah kira-kira RM65.64 juta [US$17 juta], sama ada dadah jenis sintetik atau dadah tradisional [seperti] ganja dan heroin. Harta yang disita berkaitan narkotik pula mencecah nilai kepada RM38 juta [AS$9.8 juta], "kata Khalid kepada BeritaBenar.

Sejak awal tahun ini, polis telah menahan 63,382 orang yang disyaki melakukan kesalahan berkaitan dadah, termasuk 6,352 orang yang dipercayai peniaga dadah, dengan 14,475 orang ditangkap atas kesalahan memiliki dadah, manakala 42,555 lagi ditahan kerana positif dadah, yang dikesan melalui ujian skrin dadah, tambah Ketua Polis itu.

Polis melumpuhkan sindiket dadah selepas berbulan mengumpul maklumat risikan dan pengawasan dilakukan oleh anggota Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING), sebuah unit biro narkotik jabatan polis yang menerima bantuan melalui tip dari rakyat yang mematuhi undang-undang, kata Khalid.

Kesemua 10 suspek termasuk seorang ahli kimia itu ditahan dalam serbuan ke atas sebuah kedai di Hutan Melintang, Perak, dan juga dua makmal memproses dadah di Shah Alam, Selangor, menurut polis.

Para pegawai polis turut merampas wang tunai RM2.83 juta (AS$735 ribu), 78,000 rupee India (RM4,600), sepucuk pistol serta peluru, 38 butir peluru, barang kemas, 12 buah kereta dan dua motosikal, kata Khalid kepada pemberita.

Selain itu, polis juga merampas 150 pil dadah sintetik yang dipercayai Erimin 5,35 kg (77 paun) serbuk ephedrine dan pelbagai bahan kimia membuat syabu seperti aseton, toluena, fosforus merah dan soda kaustik, serta peralatan makmal.

Sindiket itu didalangi oleh rakyat tempatan, dan syabu berkenaan adalah untuk pasaran tempatan, kata Khalid.

Rampasan itu termasuk 752 kilogram (1658 paun) bahan kimia cecair untuk diproses bagi menghasilkan 226 kilogram (498 paun) syabu untuk pasaran," kata Khalid.

Sebanyak 13 kg (28.6 paun) kristal meth-atau dikenali sebagai Ice - ditemui dalam bentuk kristal bersama-sama dengan bahan mentah untuk membuat dadah berkenaan yang diseludup masuk dari India, katanya.

Rampasan dadah pada Selasa adalah selepas seminggu pihak berkuasa di negara jiran Thailand membuat dua serbuan dadah utama yang melibatkan rakyat Malaysia, yang didakwa cuba menyeludup kristal meth ke Malaysia.

Pada 30 Mac, Thailand mendakwa dua lelaki Malaysia kerana disyaki cuba menyeludup 282 kilogram (621 paun) meth merentasi sempadan dengan kereta.

Enam hari sebelum itu, polis Thai mengumumkan penangkapan 15 rakyat Malaysia dalam kes berasingan yang melibatkan penyeludupan 226 kilogram (498 paun) syabu dan lapan kilo (17.6 paun) heroin di atas gerabak kereta api yang menuju ke Padang Besar, sebuah bandar di sempadan Malaysia.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.