Nota Pengarang

Sebelum BenarNews menghentikan operasinya, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada para pembaca atas kesetiaan dan kepercayaan anda kepada kami.
2025.04.02
Nota Pengarang Logo BenarNews dan entiti lain yang berada dalam selian Radio Free Asia [RFA] dapat dilihat pengunjung di ibu pejabat RFA di Washington, 2 April 2025.
[Imran Vittachi/BenarNews]

Selepas 10 tahun melaporkan berita dari seluruh Asia Pasifik, BenarNews terpaksa menghentikan operasi disebabkan perkara yang di luar kawalan kami.

Pentadbiran Amerika Syarikat telah menyekat dana yang kami perlukan dalam usaha menyampaikan berita kepada pembaca dan penonton dari Indonesia, Malaysia, Thailand, Bangladesh, Filipina serta negara dan wilayah di Kepulauan Pasifik.

Kami sentiasa berusaha membawakan berita yang jelas dan tepat mengenai keselamatan, politik dan hak asasi manusia selain mendedahkan perkara yang sering diabaikan atau disekat oleh pihak lain, dan membuat liputan berkaitan isu-isu yang membentuk masa depan Asia dan rantau Pasifik.

Pada bulan lepas, kami sempat meraikan ulang tahun ke-10 dengan menampilkan sebuah video yang memaparkan sebahagian daripada karya hebat namun berisiko yang dihasilkan oleh wartawan kami.

Susulan ketidakpastian mengenai masa depan BenarNews, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pembaca dan penonton atas kesetiaan dan kepercayaan anda kepada BenarNews.

Buat wartawan, kartunis dan penulis komentar BenarNews di Washington, Asia, Australia dan rantau Pasifik, terima kasih kami ucapkan atas kerja keras dan semangat anda dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat serta membantu kami untuk membawa perubahan.

Kami berharap dana untuk kami beroperasi tidak lagi disekat dan kami akan kembali bersiaran secara dalam talian tidak lama lagi.

Kate Beddall
Pengarang Pengurusan

Imran Vittachi
Timbalan Pengarang Pengurusan

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.