Pelarian Arah, Berlakon Persembahan Pentas untuk Paparkan Kisah Tragis

Hadi Azmi
2018.02.07
Kuala Lumpur
180206-MY-play-620.jpg Seorang pelarian Afghanistan melakonkan satu babak dalam "Screaming in Silence," sebuah persembahan yang dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Damansara, dekat Kuala Lumpur, 3 Feb 2018.
(Ihsan Yayasan Geutanyoe)

Dua persembahan dipentaskan dekat Kuala Lumpur bulan ini, termasuk pengisahan semula karya Shakepeare iaitu "Romeo dan Juliet", yang menampilkan sentuhan baru dalam drama pementasan: kedua-duanya diarahkan dan dilakonkan oleh pelarian dari negara-negara yang bergolak dan dilanda peperangan.

“Romeo and Juliet 2000+" dan "Screaming in Silence," yang menampilkan persembahan mereka yang melarikan diri dari Afghanistan, Syria, Libya dan negara lain, dipentaskan di Pusat Seni Persembahan Damansara (DPAC) di Petaling Jaya, Selangor pada 1 hingga 3 Feb, menurut penganjur pementasan itu.

Para pelarian sebenar di sebalik permentasan itu, yang mendapatkan perlindungan di di Malaysia, menganggotai kumpulan Theatrefugee dan Parastoo. Ia bertujuan memberi para peminat pementasan drama untuk merasai kesengsaraan nasib mereka yang terjejas akibat konflik dan memberi pelarian peluang untuk meluahkan diri menerusi medium seni dramatik, kata pengurus-pengurus pementasan itu.

"Saya masih menghadapi beberapa cabaran tetapi saya memutuskan untuk menyalurkan tenaga saya kepada sesuatu yang lebih positif dalam seni, budaya dan masyarakat," kata Saleh Sepas, pengarah teater berusia 35 tahun dari Afghanistan, yang mengarahkan “Screaming in Silence” kepada BeritaBenar.

Syarikat teater yang dikendalikan oleh para pelarian menerima sokongan pengurusan dan pementasan daripada Yayasan Geutanyoe, sebuah badan amal kemanusiaan yang ditubuhkan di Aceh, Indonesia pada 1999.

Kedua-dua pementasan itu dibiayai oleh geran daripada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Pejabat Malaysia serta sumbangan awam kepada Theatrefugee dan Parastoo yang disalurkan menerusi Yayasan Geutanyoe. Perolehan daripada pementasan itu akan digunakan pula untuk membiayai program bagi menyokong wanita Rohingya dan projek lain yang disokong oleh Theatrefugee.

Permaisuri Raja Johor, Raja Zarith Sofiah, menyumbangkan 100 tiket kepada pelarian di Malaysia untuk menyaksikan pementasan itu.

"Yayasan Geutanyoe berbangga dapat bekerjasama dengan dua kumpulan teater pelarian berbakat ini sebagai sebahagian daripada program seni kami untuk pelarian. Para pengarah sangat profesional dan pelakon juga amat rajin serta berbakat, "kata Lilianne Fan, pengasas bersama Yayasan Geutanyoe, kepada BeritaBenar.

Penerbitan kedua-dua pementasan drama itu memaparkan persepsi dominan bahawa pelarian sentiasa menjadi mangsa yang tidak berdaya, kata Fan.

Satu babak dari "Romeo dan Juliet 2000+," yang dipentaskan oleh para pelarian di Pusat Seni Persembahan Damansara dekat Kuala Lumpur, 3 Feb 2018. (Ihsan Yayasan Geutanyoe)

“Bila-bila masa sahaja anda boleh dibawa pergi oleh” kematian

Sepas, yang berasal dari Kabul, berkata, beliau dan keluarganya terpaksa melarikan diri dari Afghanistan dan datang ke Malaysia pada 2016 selepas pihak Taliban mengancam mereka. Perjalanan itu bukannya mudah, katanya.

"Screaming in Silence," sebuah pementasan drama asal yang turut dihasilkan Sepas, memaparkan kisah tragis seorang remaja peremuan Afghanistan berusia 12 tahun yang dipaksa oleh ayahnya untuk menikah dengan lelaki tua akibat hutang judi.

Pementasan itu berakhir dengan protagonis melarikan diri setelah menyedari bahawa institusi yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang telah gagal melindungi hak dirinya.

Kehidupan sebagai pelarian adalah satu perasaan yang mengecewakan dan menyedihkan, kata Sepas, tetapi beliau berharap drama-dramanya dapat menyediakan saluran bagi pelarian untuk memikirkan tentang pengalaman mereka, serta merasa "terhibur semasa menghiburkan orang lain."

Sehingga Disember 2017, lebih daripada 152,000 pelarian dan pencari suaka telah mendaftar dengan UNHCR di Malaysia. Lebih 133,000 orang daripada mereka berasal dari Myanmar, kata pegawai.

Walaupun besarnya bilangan pelarian dan pendatang, pengarah-pengarah pementasan berkata, mereka mengalami kesukaran untuk mencari pelakon wanita yang sesuai untuk membawa watak tertentu.

"Saya berusaha keras untuk memilih pelakon  daripada kalangan wanita dan remaja perempuan Afghanistan. Ia amat sukar kerana tiada siapa yang mempunyai keinginan kuat untuk berlakon teater dan pelakon saya tidak mempunyai pengetahuan tentang prinsip berlakon dan teater, "kata Sepas.

"Romeo dan Juliet 2000+" diarahkan oleh Omar Alkhammash, seorang artis dan pelarian berusia 19 tahun dari Syria.

Alkhammash, seorang ahli muzik profesional, berkata, beliau belajar untuk memainkan oud, alat muzik bertali Timur Tengah yang berbentuk buah pir, dan piano ketika berusia sembilan tahun. Beliau mula melakukan persembahan di sekitar Syria ketika berusia 15 tahun.

Pementasan teater pertama yang disertainya adalah pengarahan bersama di Universiti Swasta Syria pada 2012, susulan pembunuhan beberapa pelajar di sana. Semasa di universitilah beliau ‘jatuh cinta’ dengan kuasa teater untuk "menyampaikan mesej dengan cara yang murni dan inspirasi."

Perang Syria, kata Alkhammash, telah membentuk pengalamannya untuk  "hidup."

"Apabila anda hidup dalam peperangan, dengan terus berdepan ancaman dibunuh, pada satu ketika itu anda tidak peduli lagi sama ada anda akan hidup atau mati," kata Alkhammash, pengarah kreatif Theatrefugee, kepada BeritaBenar. "Apa yang anda pedulikan ialah cara hidup anda sehingga anda mati kerana kematian boleh datang dan membawa anda pergi pada bila-bila masa sahaja."

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.