Malaysia Bawa Pulang 81 Rakyatnya Terkandas di Selatan Filipina

Nisha David
2020.06.12
Kuala Lumpur, Malaysia
200612-MY-PH-TUDM1000.jpg Rakyat Malaysia beratur dengan masih mengawasi penjarakan sosial sebelum memasuki pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Zamboanga, Filipina. 11 Jun, 2020.
[Ehsan Kementerian Pertahanan Malaysia]

Malaysia pada Jumaat berjaya membawa pulang lebih 80 rakyatnya yang terkandas di selatan Filipina sejak tiga bulan lalu dengan mendapat bantuan Tentera Udara DiRaja Malaysia dan menjalani saring kesihatan dan latarbelakang sebelum dibawa balik, demikian menurut pihak berkuasa Malaysia pada Jumaat.

Menurut Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) Hazani Ghazali kesemua mereka yang terkandas di negara itu dibawa balik berasal dari Sabah yang bekerja atau melawat ahli keluarga dam bebas rekod jenayah.

"ESSCOM bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah membuat saringan dan pemantauan sepanjang misi berjalan, dengan 43 daripadanya di bawa keluar dari beberapa buah bandar di sekitar Sulu dengan menaiki bot.

"Mereka berada di beberapa lokasi seperti di Jolo, Pangutaran dan Indanan di wilayah Sulu yang kemudiannya dibawa ke Zamboanga dengan menaiki bot.

"MKN bersama Konsulat Malaysia di Davao meminta bantuan pihak berkuasa Filipina untuk menjejaki dan membawa mereka semua ke tempat selamat sebelum berlepas pulang ke Sabah," katanya kepada BeritaBenar semasa dihubungi

Beliau berkata, pihak berkuasa Malaysia terpaksa menjalankan saringan keselamatan ke atas semua mereka itu berikutan selatan Filipina adalah kubu kuat bagi kumpulan militan, Abu Sayyaf.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein dalam satu kenyataan yang dikeluarkan juga pada Jumaat mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Filipina kerana membantu dalam memastikan rakyat Malaysia yang terkandas itu pulang dengan selamat.

"Saya ingin mengumumkan seramai 81 rakyat Malaysia yang terkandas di selatan Filipina telah selamat dibawa pulang dan tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis. Mereka telah dibawa pulang dengan menaiki sebuah pesawat Charlie C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Labuan.

"Penerbangan itu turut disertai dua orang pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tiga orang pegawai perubatan TUDM. Mereka kini dikuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah selama 14 hari.

“Selain itu, saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Filipina serta semua pihak yang bekerjasama dalam menjayakan misi ini," katanya.

Menurut Hishamuddin, kumpulan rakyat Malaysia ini telah berdaftar dengan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City sejak Mac 2020, dan telah diberikan bantuan konsular dengan seliaan Kedutaan Besar Malaysia di Manila.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Negeri berkata, kesemua rakyat Malaysia itu memasuki Filipina secara sah melalui pintu sempadan rasmi.

"Kesemua mereka adalah pelancong, yang memiliki pas kerja sementara Filipina dan juga yang melawat ahli keluarga di sana atas urusan menghadiri majlis perkahwinan dan pengebumian.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah menjalankan semua saringan keselamatan dan mereka lulus dalam saringan polis sebelum dibenarkan pulang ke Sabah," katanya kepada BeritaBenar.

Katanya, pesawat tentera digunakan dalam misi membawa pulang ini berikutan lokasi yang berdekatan selain kos ditanggung penuh oleh kerajaan tanpa kos tambahan seperti membawa pulang dengan pesawat komersial.

Sementara itu, menurut Kementerian Pertahanan, misi membawa pulang itu menggunakan pesawat Hercules C130 TUDM telah berlepas dari Pangkalan Udara Labuan pada kira-kira pukul 10 pagi Khamis dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Zamboanga pada jam 12 tengah hari, dan mengambil masa lebih tiga jam untuk menguruskan misi tersebut.

Pesawat berkenaan bersama penumpangnya tiba di Kota Kinabalu sekitar 430 petang.

Kebanyakan kumpulan Abu Sayyaf berasal daripada beberapa kepulauan di perairan Sulu yang bersempadan dengan Malaysia, Indonesia dan Filipina dan telah disenarai hitam oleh Amerika Syarikat sebagai organisasi pengganas asing.

ASG merupakan sebuah kumpulan terkecil namun dianggap paling kejam dalam kalangan beberapa kumpulan bersenjata yang beroperasi di kawasan bergolak di selatan Filipina. Ia terkenal kerana tindakannya menculik pelancong asing termasuk rakyat negara-negara jiran Asia Tenggara dan sering menahan mereka bagi mendapatkan wang tebusan.

Malah sebelum ini, Ketua Polis Malaysia Abdul Hamid Bador memberi amaran bahawa ASG terus menjadi satu ancaman keselamatan


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.