Polis Thailand Cari Lelaki Dari Selatan Berkaitan Kejadian Pengeboman

Staf BeritaBenar
2016.08.16
Nakhon Sri Thammarat
160816-th-my-bombings-folo-620 Tentera Thailand membuat rondaan berhampiran Kuil Erawan, yang terkenal dikalangan pelancong di Bangkok, sehari sebelum ulang tahun pertama kejadian pengeboman yang mengorbankan 20 orang, 16 Ogos 2016.
AFP

Pihak berkuasa Thailand dipercayai sedang mencari seorang lelaki dari kalangan pemberontak ‘Deep South’ yang terlibat dalam pengeboman destinasi pelancongan minggu lepas, kata Timbalan Ketua Polis Thailand pada Selasa, walaupun beliau tidak mengaitkan suspek tersebut secara terang-terangan dengan kumpulan pemberontak tersebut.

Pihak berkuasa di wilayah Nakhon Sri Thammarat pada Selasa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap  suspek Ahama Lengha - dari Narathiwat, wilayah di selatan Thailand - yang dikehendaki kerana cuba melakukan serangan bom di sebuah pantai di Phuket pada 10 Ogos lalu.

Bom di Pantai Patong tidak meletup tetapi polis percaya bahawa Ahama memainkan peranan dalam konspirasi yang lebih luas sehingga mengakibatkan kematian empat orang dalam 11 serangan bom lagi bersama lima lagi serangan api di beberapa kawasan di selatan negara itu pada 11 dan 12 Ogos.

Menurut Bangkok Post, bom itu merupakan satu daripada dua bom yang diletakkan di kawasan pulau Phuket pada Rabu tetapi telah dimusnahkan oleh skuad pemusnah bom. Keesokan harinya dan pada Jumaat, 11 bom meletup di Nakhon Sri Thammarat dan enam wilayah lain di selatan negara berkenaan.

“Bukti dari tempat kejadian menunjukkan padanan DNA dengan suspek yang dikatakan beroperasi di kawasan Tak Bai, wilayah Narathiwat sejak 2004," kata Timbalan Ketua Polis Negara Jeneral Srivara Ransibrahmanakul pada sidang media di Nakhon Sri Thammarat pada selasa.

Menurut siasatan, beliau merupakan orang utama dalam usaha kami untuk mencari penjenayah yang lain di dalam kes-kes ini," kata Srivara. Ahama dipercayai memasang bom di Pantai Patong di Phuket pada Ogos 10. Kami mempunyai bukti kukuh," kata timbalan ketua Polis itu di satu sidang media.

Beliau berkata, Ahama mempunyai banyak rekod jenayah sejak 2004, tahun di mana golongan pemisah, yang majoritinya beragama Islam dan berbahasa Melayu, mencetuskan semula pemberontakan di kawasan selatan Thailand.

Dua lagi dikehendaki dalam serangan api

Pada hari yang sama sebuah mahkamah di Nakhon Sri Thammarat Mahkamah turut mengeluarkan waran tangkap terhadap dua lagi lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan serangan api di sebuah pasar raya Tesco Lotus di Phuket pada hari Jumaat, tambah Srivara  tanpa mendedahkan identiti mereka.

Manakala lelaki ketiga, yang dikenal pasti sebagai seorang penduduk wilayah Chiang Mai, Sakharin Karuehas yang ditahan sebelum ini kerana dipercayai terlibat dalam kejadian serangan api di sebuah telah dipindahkan dari tahanan tentera kepada tahanan polis, kata Srivara.

Sumber polis di ibu pejabat polis pemerintahan serantau ke-8, yang bidang kuasanya meliputi banyak wilayah di selatan memberitahu akhbar Thai Rath bahawa rakaman dari kamera keselamatan menunjukkan kedua-dua suspek itu menaiki bas ke Had Yai, sebuah bandar yang berfungsi sebagai pintu masuk ke selatan Thailand, selepas pasar raya dibakar.

Polis tidak menolak kemungkinan kaitan antara kejadian pengeboman itu dengan kumpulan pemberontak yang berpangkalan di kawasan bergolak di sempadan selatan Thailand, walaupun pihak berkuasa sejak kebelakangan ini telah memberikan maklumat yang bercanggah mengenai kemungkinan berkenaan.

Pada Isnin, Ketua Polis Negara Thailand dipetik sebagai berkata bahawa terdapat persamaan "antara pengeboman di tempat-tempat pelancongan dengan pengeboman oleh puak pemisah."

Terdahulu, pihak berkuasa negara itu berkata, mereka mengesyaki kejadian pengeboman yang berlaku minggu lalu berkemungkinan didorong oleh politik dan mempunyai kaitan dengan keputusan referendum perlembagaan pada Ogos 7 lepas, di mana majoriti pengundi menyokong draf piagam kerajaan junta Thailand.

Malaysia siasat SIM kad telefon

Menurut pihak berkuasa Thailand, bom yang telah pasang di Phuket itu dikawal oleh telefon bimbit, yang mungkin berasal dari negara jiran Malaysia.

Para pegawai Thailand telah menghantar telefon, yang ditemui di tempat kejadian pengeboman itu, kepada polis Malaysia untuk mengesan pemiliknya.

Tetapi pada Selasa, Ketua Polis Malaysia Khalid Abu Bakar memberitahu pemberita di Kuala Lumpur bahawa kad SIM telefon berkenaan tidak mempunyai nombor siri atau ciri-ciri yang jelas yang boleh mengatakan ianya dari Malaysia.

"Setakat pemeriksaan kami, masih tiada bukti yang boleh mengatakan kad SIM itu dari Malaysia,” kata Ketua Polis Malaysia itu.

"Setiap kad SIM yang dikeluarkan oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia mempunyai nombor siri keselamatan dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) tetapi kami tidak menemui nombor siri tersebut pada kad SIM berkenaan," katanya.

 

Haireez Azeem Azizi di Kuala Lumpur turut menyumbang kepada laporan ini.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.