Peguam Negara Baru Malaysia Janji Siasatan Rapi Keatas 1MDB
2018.06.06
Kuala Lumpur, Malaysia

Pada hari pertama di pejabat Peguam Negara Malaysia pada Rabu, berjanji melancarkan siasatan rapi dan telus ke atas skandal dana kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai keutamaannya, dan pada hari yang sama, gabenor Bank Negara Malaysia yang dikaitkan dengan dana itu meletakkan jawatan jawatannya.
Thomas berkata, beliau akan memulakan tugasnya itu dengan menghubungi Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, Singapura dan tempat lain bagi mendapatkan kembali berbilion ringgit yang diselewengkan dari dana pelaburan negara semasa pentadbiran kerajaan terdahulu.
"Semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan tiada siapa pun yang akan terlepas. Tiada apa yang akan disembunyikan. Kami akan segera menghubungi rakan-rakan dengan tujuan mereka dapat mengembalikan wang berjumlah berbilion ringgit yang dicuri daripada pembayar cukai, "kata Thomas, 66, yang merupakan lulusan London School of Economics.
Beliau berkata tidak akan ada campur tangan oleh sesiapa, termasuk perdana menteri, dengan tugas beliau untuk menyambung semula siasatan 1MDB.
"Mereka yang tidak melakukan kesalahan tidak perlu takut dengan ketukan pintu oleh pihak polis pada tengah malam, tetapi mereka yang menyalahi undang-undang akan dipenuhi dengan kuasa undang-undang tanpa mengira batas mereka dalam kehidupan," katanya.
"Saya berjanji untuk melakukan perkara yang betul untuk memberitahu kebenaran dan melaksanakan kewajipan saya secara jujur, adil, bebas, telus dengan sebaik mungkin."
Bekas Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Najib Razak, yang memimpin Barisan Nasional dan kecundang dalam usahanya mengekalkan jawatan bagi penggal ketiga pada pilihan raya umum bulan lalu, mengasaskan 1MDB pada 2009 sebagai dana pelaburan untuk merangsang pembangunan di Malaysia. Walaupun beliau dikaitkan dengan dana yang hilang itu, Najib, yang turut menganggotai lembaga penasihat 1MDB sehingga pembubarannya pada 2016, menafikan beliau melakukan sebarang salah laku.
Sejak pilihan raya umum, kerajaan baru yang memerintah juga telah menyekat Najib dan isterinya daripada keluar negara.
Pada 2016, Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) memfailkan 12 saman bagi pelucutanhak dan mendapatkan kembali lebih AS$1 bilion (RM3.9 bilion) aset yang didakwa dibayar dengan wang yang dicuri daripada 1MDB. Sumber yang terlibat dalam siasatan Amerika Syarikat telah mengenal pasti Najib sebagai "Pegawai Malaysia 1" yang digambarkan dengan jelas dalam dokumen mahkamah DOJ.
Pada tahun yang sama, pihak berkuasa di Singapura mengumumkan bahawa mereka telah merampas aset berjumlah $240 juta (AS$177 juta) - di mana $120 juta (AS$88.5 juta) adalah daripada sekutu Najib, ahli perniagaan Malaysia Low Taek Jho (juga dikenali sebagai Jho Low) dan keluarga terdekatnya.
'Benci sebarang rasuah’
Pada Rabu, Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa kabinet telah menerima peletakan jawatan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Muhammad Ibrahim, yang baru dua tahun berkhidmat.
Menurut laporan Bernama pada Rabu malam, Muhammad berkata, beliau meletakkan jawatan kerana kehilangan kepercayaan orang ramai.
“Sebagai bank pusat, kami hanya efektif dengan kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan oleh rakyat Malaysia dan para pemimpin terhadap kami,”katanya.
“Saya bersedia melepaskan jawatan sekiranya saya tidak lagi mendapat kepercayaan dan sokongan daripada orang ramai. Saya tidak dapat meneruskannya lagi sekiranya ia menjejaskan imej dan reputasi bank."
Berita tersebar sejak Selasa bahawa beliau menawarkan peletakan jawatannya selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng membangkitkan pertanyaan mengenai pembelian tanah bernilai $520 juta daripada kerajaan Najib sebagai cara bagi pentadbiran bekas perdana memteri itu membayar sebahagian daripada hutang 1MDB.
Muhammad berkata, bank pusat itu tidak terlibat dengan skandal 1MDB.
“Ini tidak benar sama sekali. BNM tidak akan terlibat dalam aktiviti sedemikian yang akan mengkhianati kepercayaan orang ramai terhadap kami. Kami menolak sebarang bentuk rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya.
Mahathir berkata, kabinet belum memutuskan pengganti gabenor bank pusat itu.
“Kami belum memutuskan pengganti beliau kerana kami perlu mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum membuat pengumuman mengenainya,”kata beliau.
Bekas timbalan gabenor Nor Shamsiah Mohd Yunus merupakan calon bagi mengambil alih jawatan itu, lapor agensi berita Reuters, yang memetik dua sumber. Nor Shamsiah, yang meletakkan jawatannya pada 2016, telah membantu siasatan 1MDB ketika di bawah kepimpinan gabenor sebelum Muhammad, Zeti Akhtar Aziz.
Zeti bersara dari jawatannya pada April 2016, selepas menyertai pasukan petugas khas menyiasat dakwaan salah urus dan rasuah kewangan 1MDB, tahun lepas.
Peguam Negara baru
Mahathir menamakan Thomas, seorang peguam kanan Kristian etnik India, yang mempunyai pengalaman lebih 40 tahun dalam bidang perundangan, untuk berkhidmat sebagai Peguam Negara bagi kerajaan baru Malaysia.
Namun, pengumuman Mahathir disambut dengan kecaman Melayu Muslim yang bimbang pelantikan itu akan menyebabkan kompromi terhadap status dan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.
Pertikaian itu memaksa pemimpin umum Pakatan Harapan Anwar Ibrahim untuk campur tangan dan memastikan hak-hak orang Melayu dan keistimewaan Islam tetap dipelihara. Anwar, yang dipenjarakan semasa pilihan raya umum tetapi dibebaskan dengan pengampunan penuh diraja bagi sabitan liwat, dijangka menggantikan Mahathir dalam setahun atau dua tahun lagi.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V telah memperkenankan pelantikan Thomas selepas berunding dengan Majlis Raja-raja serta Mahathir mengenai perkara itu.
Thomas menggantikan Mohamed Apandi Ali, yang berkhidmat di bawah kepimpinan Najib dan telah membersihkan bekas perdana menteri itu daripada sebarang salah laku yang berkaitan dengan 1MDB selain membekukan sebarang siasatan terhadapnya.
Apandi turut mengutuskan kata-kata ucapan buat penggantinya. "Tahniah kepada Tommy (Thomas) dan selamat maju jaya dalam melaksanakan tugas barunya sebagai Peguam Negara,” kata Apandi dalam teks kepada The Star.
Dengan melangkah ke hadapan dalam menyandang tugas barunya itu, Thomas berkata, beliau akan memastikan tiada campur tangan oleh sesiapa pun termasuk perdana menteri semasa jabatannya menyambung semula siasatan terhadap 1MDB.
“Mereka yang tidak melakukan kesalahan, tidak perlu berasa takut. Tapi, bagi mereka yang melanggar undang-undang, tindakan akan diambil mengikut undang-undang sepenuhnya, tanpa mengira kedudukan mereka dalam kehidupan," katanya.
"Saya berjanji untuk melakukan perkara yang betul iaitu dengan bercakap benar dan melaksanakan tugas saya secara jujur, adil, bebas dan dengan sebaik mungkin."
Selain 1MDB, Thomas berkata, beliau akan memberi tumpuan kepada memansuhkan undang-undang yang menindas dan mengkaji semula kontrak kerajaan sebelum ini.
"Kita perlu mengkaji secara bebas tanggungjawab yang dijalankan pentadbiran sebelum ini seperti kontrak-kontrak di negara lain bagi menentukan sama ada ia bertentangan dengan kepentingan Malaysia,”katanya.
Sambil menyatakan beliau memahami kebimbangan tentang dirinya bukan orang Melayu, Thomas mengakui beliau perlu meningkatkan lagi keupayaannya untuk bertutur dengan fasih Bahasa Melayu, yang merupakan dialek serantau, selepas para pengkritik mempersoalkan kebolehannya bertutur bahasa itu dengan lancar.
"Empat puluh dua tahun dalam sektor swasta, dan berurusan dengan pelanggan komersil, saya telah mengabaikan Bahasa Melayu saya. Saya berjanji untuk memperbaikinya, "kata Thomas sambil melemparkan senyuman.
Presiden Transparency International Malaysia Akhbar Satar berkata, pelantikan Thomas adalah dialu-alukan kerana beliau memiliki bukti kelayakan yang kukuh selain mempunyai pengalaman banyak tahun yang meluas.
"Orang ramai meletakkan jangkaan yang tinggi dan yakin beliau dapat melaksanakan tugasnya," kata Akhbar.