Perayaan di bahagian selatan Thailand mencerminkan asimilasi kebudayaan

2015.03.06
image001.jpg

Beberapa orang wanita sedang menyalakan kemenyan untuk menghormati Lim Ko Niew di luar tempat suci beliau di Daerah Muang, Pattani. BenarNews

image003.jpg

Rakyat pelbagai kepercayaan dan agama berkumpul untuk menyambut perayaan ini dari 1 Mac hingga 8 Mac. BenarNews

image005.jpg

Penduduk tempatan melakonkan watak ahli keluarga diraja Dinasti Raya Kuning mengembara dengan menaiki gajah. BenarNews

image007.jpg

Perarakan Dewi Lim Ko Niew diadakan supaya orang ramai boleh memberikan penghormatan kepada beliau. Sebuah patung dewi tersebut juga akan dibawa ke Sungai Pattani dan dibenamkan seketika di dalam sungai itu. BenarNews

image009.jpg

Pada waktu malam, penonton menikmati persembahan tarian orang Islam tempatan (gambar) dan petikan daripada epik Hindu Ramayana di hadapan tempat suci Lim Ko Niew. BenarNews

image011.jpg

Pengikut Dewi Lim Ko Niew membawa imej beliau dalam sebuah tandu dan berjalan di atas api untuk menunjukkan kuasa ghaib. BenarNews

image013.jpg

Gabenor Pattani Weerapong Keaosuwan berkata majlis tersebut membantu memulihara kebudayaan tempatan dan mempromosi pelancongan. BenarNews

Mengikut legenda, Lim Ko Niew mengembara ke Pattani dari China kira-kira 500 tahun yang lalu untuk meyakinkan abang beliau, seorang mualaf, untuk pulang ke rumah. Abang beliau enggan dan berikrar untuk menyempurnakan pembinaan Masjid Krue Se. Lim Ko Niew menyumpah projek abang beliau itu dan membunuh diri. Sehingga kini, masjid itu masih belum selesai dibina. Tempat suci Lim Ko Niew diletakkan di sebelah masjid tersebut.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.