Thailand: Populasi Burung Enggang Kembalikan Semangat Hidupan di Belantara

Nasueroh
2016.05.20
Narathiwat, Thailand
photo1.jpg

Pihak berkuasa Narathiwat menemui anak-anak burung enggang yang diambil dari banjaran gunung Budo semasa mereka menyerbu sebuah kedai hidupan liar haram, 17 Mei 2016. [Nasueroh/BeritaBenar]

160520-th-my-photo2

Pihak berkuasa memeriksa seekor anak burung di sebuah kedai di daerah Narathiwat, 17 Mei 2016. [Nasueroh/BeritaBenar]

160520-th-my-photo3

Seekor anak burung enggang sudah bersedia pulang ke habitatnya, 17 Mei 2016. [Nasueroh/BeritaBenar]

160520-th-my-photo5

Seekor burung enggang dewasa berehat di banjaran gunung Budo, 12 Mei 2016. [Nasueroh/BeritaBenar]

160520-th-my-photo6

Burung enggang melebarkan sayapnya, ke banjaran gunung Budo, 12 Mei 2016. [Nasueroh/BeritaBenar]

160520-th-my-photo7

Seekor burung enggang berpaut di sebuah dahan, 12 Mei 2016. [Nasueroh/BeritaBenar]

Burung Enggang menyaksikan populasinya semakin berkurangan apabila penduduk kampung membersihkan hutan untuk tujuan pertanian atau menangkapnya untuk dijual bagi mendapatkan makanan atau sebagai haiwan peliharaan, menyebabkan kerajaan  menyenaraikannya sebagai haiwan terancam kerana kehilangan habitat.

Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand di wilayah Narathiwat melaporkan sebanyak tujuh spesies burung Enggang (daripada 54 spesies di seluruh dunia) ditemui di pergunungan Budo dan hutan belantara Hala-bala di  selatan Thailand. Budo dan Hala-bala adalah kawasan dilindungi yang merangkumi  wilayah Songkhla, Pattani, Yala dan Narathiwat yang  menempatkan enam taman negara dan dua kawasan perlindungan hidupan liar.

Populasi burung Enggang yang utuh dilihat sebagai petunjuk semangat kawasan hutan dengan burung itu memilih untuk hidup di wilayah yang kaya dengan kepelbagaian biologi.

Polis Narathiwat pada 17 Mei lalu menyerbu sebuah kedai hidupan liar haram di daerah Yee-Ngor, dan menyelamatkan beberapa haiwan liar termasuk anak burung enggang, yang diambil dari pergunungan Budo.

Pegawai-pegawai kemudian mengembalikan anak-anak burung itu dan beberapa haiwan lain ke dalam hutan.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.