Ipoh, 'Bandar Pembaharuan' Malaysia Yang Dipenuhi Keindahan Masa Lalu

Haireez Azeem Azizi
2016.08.18
Ipoh, Perak
160818-MY-ipoh-1.jpg Ramai pelawat ke Ipoh akan tiba dan berlepas dari stesen kereta api, yang dibuka pada tahun 1917 dan juga dikenali di kalangan penduduk tempatan sebagai "Taj Mahal," Ipoh, 13 Ogos 2016. [Haireez Azeem Azizi/BeritaBenar]
Photo: Benar

Ipoh, ibu negeri Perak, yang pernah menjadi sebuah bandar terkaya di Asia Tenggara, hasil ledakan perlombongan bijih timah suatu masa dahulu, kini muncul sebagai sebuah tempat pelancongan menarik sehingga berjaya menduduki tempat keenam dalam senarai 10 kawasan pelancongan yang paling popular di Asia.

Bandar yang pernah mengeluarkan hasil bumi dari lombong bijih timah di sekitar Lembah Kinta kini muncul semula,  dengan sebahagian pusat bandaranya seperti Pekan Lama Ipoh, sedang menjalani pemulihan. Pekan itu dinamakan Ipoh sempena nama sejenis pokok yang beracun dan banyak terdapat di sekitar kawasan itu selain ditanam di rantau berkenaan.

Bandar yang didominasikan oleh kaum Cina mempunyai penduduk seramai 1.1 juta orang, terletak kira-kira 205 km (127.3 batu) dari barat laut Kuala Lumpur, dan mempunyai bangunan yang elegan dari era kolonial British serta pelbagai tarikan lain.

Ipoh menawarkan pelawat, yang ingin melarikan diri dari kesibukan bandar besar di Malaysia, satu destinasi yang unik terutama di kalangan pencinta makanan

"Saya gembira di sini. Walaupun Ipoh telah berubah dengan pelbagai kemajuan, kedamaian, ia jauh lebih baik daripada bandar-bandar lain. Makanan, rakyat, rasa muhibbah, serta jalan-jalan yang terdapat disini adalah antara perkara yang menarik bagi saya, dan tidak bercadang untuk meninggalkannya, " Long Kap Keng, 61, seorang penjaja di Pasar Karat di Memory Lane yang merupakan anak jati Ipoh, memberitahu BeritaBenar.

Bandaraya itu bara-baru ini telah mendapat beberapa pengiktirafan berprestij peringkat antarabangsa. Buku Panduan Perjalanan Lonely Planet telah menilai Ipoh sebagai satu daripada 10 destinasi pelancongan utama di Asia. Ia adalah satu-satunya bandar di Malaysia yang tersenarai.

Lonely Planet telah menyenarai Ipoh di kedudukan keenam, selepas Hong Kong (No. 5), dan mendahului Pemuteran, Indonesia (No. 7) dan Kepulauan Trang di Thailand (No. 8).

"Akhirnya Ipoh kembali terserlah. Sudah terlalu lama, bandaraya ini dianggap sebagai pudar dan itulah yang difikirkan oleh pelancong sebelum ini, " kata Lonely Planet.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.