Wanita Malaysia Takluk Bangunan Pencakar Langit Menerusi Pekerjaan Berbahaya

S. Mahfuz
2019.01.15
Kuala Lumpur, Malaysia
190115-MY-skycraper-ss-01.jpg

Bergayut dari puncak sebuah hotel 66 tingkat yang terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, dua juruteknik akses tali wanita membuat persiapan terakhir mereka sebelum memulakan tugas, 13 Jan 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190115-MY-skycraper-ss-02.jpg

Membawa tali keselamatannya, seorang juruteknik memanjat tangga untuk ke bumbung hotel berkenaan, 13 Jan 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190115-MY-skycraper-ss-03.jpg

Seorang juruteknik bergantung pada tali keselamatan dan tali pinggang ketika beliau menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan puluhan tingkat di bangunan pencakar langit, 13 Jan 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190115-MY-skycraper-ss-04.jpg

Juruteknik bergantung kepada satu sama lain semasa mereka memeriksa tali pinggang keselamatan masing-masing, 13 Jan 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190115-MY-skycraper-ss-05.jpg

Bekerja di atas bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur bukanlah suatu pekerjaan yang sesuai bagi mereka yang lemah semangat, 13 Jan 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190115-MY-skycraper-ss-06.jpg

Juruteknik membuat pemeriksaan keselamatan terakhir sebelum menuruni bangunan 66 tingkat, 13 Jan 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190115-MY-skycraper-ss-07.jpg

Dengan berlatarkan pemandangan puncak Menara Petronas dari kejauhan, seorang juruteknik merakam gambar rakan sekerjanya setelah tugas mereka selesai, 13 Jan 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190115-MY-skycraper-ss-08.jpg

Lima juruteknik akses tali wanita beraksi untuk dirakam gambar mereka secara berkumpulan selepas tugas mereka selesai, 13 Jan 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Terdapat wanita Malaysia yang menentang graviti dengan memberanikan diri menyahut cabaran bertugas sebagai juruteknik akses tali, satu pekerjaan yang memerlukan mereka untuk sentiasa bergayut di antara puncak dan sisi bangunan pencakar langit dengan landskap pandangan Kuala Lumpur.

BeritaBenar mengikuti sekumpulan lima wanita kental ini semasa mereka melakukan tugas harian dalam kerja-kerja penyelenggaraan berisiko tinggi di tingkat 66 sebuah hotel berhampiran Menara Petronas yang ikonik.

Kebanyakan wanita itu memiliki ijazah profesional tetapi nekad meninggalkan pekerjaan pejabat di ibu negara untuk bergayut di luar bangunan pencakar langit.

"Tugas ini berbahaya tetapi saya suka melihat pemandangan indah dari bangunan tinggi," kata Nurul Nadhirah Shamsul Liani, 27, pemegang ijazah sarjana muda dalam pengurusan pejabat kepada BeritaBenar yang menyukai pekerjaan itu kerana amat meminati sukan ekstrem sejak sekolah lagi.

Nurul dan rakan setugas akses talinya itu adalah tergolong dalam kategori kerjaya yang dikelaskan sebagai 3D - Kotor, Berbahaya dan Sukar kerana tugas mereka melibatkan pembersihan, mengecat, kerja-kerja elektrikal serta pemasangan paip di tempat tinggi.

Seorang lagi juruteknik, Aiza Faizin Mohd Rosli, 25, merupakan pemilik ijazah pengurusan ladang, dan beliau sudah tiga tahun berkecimpung dalam bidang tugas sebagai juruteknik akses tali. Beliau juga adalah seorang pakar dalam kerja-kerja penyelengaraan air dan aplikasi silikon bagi bangunan tinggi.

"Saya berasa sangat gembira apabila saya boleh duduk dan bergayut selama hampir tujuh jam di bangunan tinggi. Berdepan dengan cuaca seperti panas terik dan hujan adalah perkara biasa. Saya sudah lali," katanya kepada BeritaBenar.

Ahmad Mujahid Abdul Hadi, pemilik ANAS Consultancy & Services yang menggajikan wanita-wanita itu, berkata "orang ramai sering salah faham dan menganggap kerjaya 3D (kotor, bahaya dan sukar) sebagai tidak lebih daripada tukang cuci bangunan.

"Sebenarnya, bukan itu sahaja yang mereka lakukan. Skop kerja mereka adalah luas dalam bidang penyelenggaraan profesional," katanya.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.