Malaysia Bangun Perisian Saring Data Penumpang Sistem Imigresen
2019.09.17
Washington

Malaysia sedang membangunkan mekanisme baru dengan menggabungkan saringan data penumpang ke dalam sistem imigresennya sebagai usaha menyekat pengganas memasuki dan meninggalkan negara itu, demikian kata Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin semasa lawatannya ke Washington.
Muhyiddin berkata, sistem Imigresen Malaysia yang baharu akan mengandungi mekanisme untuk menyekat pengganas asing daripada menyeberangi sempadan dengan Kuala Lumpur sedang dalam meningkatkan di sempadannya menerusi pelaksanaan pengumpulan Maklumat Awal Penumpang (Advance Passenger Information - API) dan Rekod Nama Penumpang (Passenger Name Record - PNR).
“Kedua-dua perisian sedang dimasukkan ke dalam sistem imigresen yang baharu yang kini sedang dibangunkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia,” kata Menteri itu seperti dilaporkan agensi berita Nasional Malaysia, Bernama pada Selasa.
API adalah sebuah sistem pertukaran data elektronik yang ditubuhkan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat tetapi digunapakai oleh beberapa negara lain.
PNR pula adalah rekod nama penumpang yang terdiri daripada maklumat peribadi standard yang diberikan kepada syarikat penerbangan semasa tempahan tiket, termasuk email, - telah menjadi alat anti-keganasan yang berkesan kepada Amerika Syarikat.
"PNR boleh membantu para penganalisis untuk mengenal pasti corak perjalanan yang mencurigakan, ancaman yang tidak dapat dielakkan. Ia juga boleh menerangkan hubungan tersembunyi antara ancaman yang diketahui dan rakan mereka yang tidak dikenali."
Muhyiddin berkongsi perkembangan tersebut semasa berucap pada Forum Kepimpinan Banyan Tree mengenai hubungan Strategik Malaysia-Amerika Syarikat, di Pusat Kajian Strategik dan Antarabangsa di Washington pada Isnin.
Bagaimanapun tiada maklumat lanjut bila Malaysia akan memulakan penggunaan kedua-dua perisian itu di pintu sempadannya.
Muhyiddin berada di Washington sejak Ahad lalu untuk lawatan kerja ke Amerika Syarikat yang antara lain bertujuan meningkatkan hubungan keselamatan antara kedua-dua negara dan akan ke New York selepas ini.
Pada November 2015, Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamid pada masa itu berkata, Malaysia sedang melihat sistem API dan PNR seperti yang digunapakai oleh United Kingdom.
"Ini yang kita pelajari daripada Pusat Sasaran Sempadan Nasional (NBTC) United Kingdom (UK). Mereka menggunakan kaedah pemantauan dan analisis data API dan PNR bagi menyaring kemasukan penumpang udara ke UK, merangkumi semua perjalanan antarabangsa, termasuk dalam kalangan negara Eropah," kata Zahid yang melakukan lawatan ke negara itu seperti dilaporkan media tempatan Malaysia.
Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan di Malaysia bukan sahaja perlu dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen, malah semua agensi penguatkuasaan berkaitan, membabitkan pintu masuk udara, laut dan darat.
"Saringan menggunakan data API dan PNR ini juga dapat mencegah dan membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di pintu masuk dan keluar negara," katanya.
Tiga bulan selepas itu, Ketua Pengarah Kementerian Dalam Negeri Alwi Ibrahim berkata Malaysia berharap dapat mengaplikasikan sistem pengimbas bagi penumpang kapal terbang untuk mengelakkan ekstremis dan penjenayah dari memasuki negara pada separuh kedua tahun itu.
"Imbasan itu bagi memastikan penumpang yang membeli tiket ke Malaysia adalah bersih dan tidak mempunyai kecenderungan terhadap ekstremis, rekod jenayah atau berada dalam senarai hitam Interpol,” kata ketua pengarah itu seperti dilaporkan oleh akhbar MalayMail.
Alwi dipetik sebagai berkata bahawa sistem yang dipanggil Advanced Passenger Screening System (APSS) akan dibangunkan dengan bantuan Interpol.
Malaysia telah menahan 40 orang yang dipercayai terlibat dalam keganasan sehingga September tahun ini, dengan 31 daripadanya terdiri daripada warga asing manakala 40 orang pula rakyat tempatan, kata Ketua Anti-Keganasan Polis DiRaja Malaysia, Ayob Khan Mydin Pitchay kepada BeritaBenar, baru-baru ini.
Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara anggota Kesatuan Europah EU serta beberapa negara lain mengenakan syarat kepada syarikat penerbangan untuk memberikan maklumat berkenaan penumpang penerbangan mereka, melalui sistem APSS sebelum seseorang itu boleh terbang.