Kumpulan Hak Asasi Mahu Kerajaan Mahathir Gugurkan Kawalan Fahaman Aktivis Pelajar
2018.06.28
Washington, District of Columbia

Hak asasi pelajar untuk menyuarakan pendapat politik telah disekat di kampus-kampus universiti di Malaysia selama lima dekad, demikian menurut laporan kumpulan hak asasi manusia, Fortify Rights, pada Rabu.
Kumpulan itu menyeru kerajaan baru Malaysia untuk meminda undang-undang yang mengehadkan dan menghukum aktivisme pelajar, yang sebahagiannya dikuatkuasakan ketika Perdana Menteri Mahathir Mohamad menjadi ketua kerajaan dan menteri pendidikan.
"Universiti adalah tempat politik semulajadi, dan apabila pelajar bebas, mereka adalah enjin inovasi dan berpemikiran kritikal," kata CEO Fortify Rights, Matthew Smith dalam satu kenyataan.
"Satu era baru sedang berlaku di Malaysia, dan kerajaan baru mempunyai peluang bersejarah untuk mengakhiri sekatan-sekatan yang tidak diperlukan sama sekali.”
Laporan itu menyoroti beberapa kes terbaru termasuk dua yang berkaitan dengan protes terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada Oktober 2016, Jabatan Hal Ehwal Khas Perdana Menteri telah mengadakan "1MDB Townhall” di Universiti Malaya di mana pelajar dikenal pasti hadir di satu insiden yang dijelaskan dalam laporan itu.
Pada majlis itu, sekumpulan pelajar bertanya kepada penceramah kerajaan untuk mengenal pasti Pegawai Malaysia 1 (MO1), yang ditonjol dalam tuntutan undang-undang Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk mendapatkan lebih daripada AS$1 bilion (RM3.9 bilion) aset yang didakwa dibayar dengan wang 1MDB yang dicuri.
Berhampiran hujung dewan, empat pelajar membawa sepanduk meminta jawapan mengenai 1MDB.
"Saya berdiri dan menjerit Siapa MO1? Siapa MO1?, "Pelajar Li Yang memberitahu Fortify Rights, sambil menambah bahawa pegawai-pegawai mengoyakkan sepanduk mereka dan menggesa penunjuk perasaan untuk duduk.
Mereka juga menarik baju dan seluar saya serta memaksa saya untuk duduk. Telefon rakan kami, Ching Siew juga dirampas oleh mereka, dan beliau diminta untuk memadam foto atau video yang diambil ketika kami menaikkan sepanduk, "kata Li Yang dipetik sebagai berkata.
Pelajar lain juga didakwa kerana menyertai perhimpunan luar kampus pada 27 Ogos 2016 yang menggesa supaya MO1 ditahan. Mahkamah Tinggi Malaysia menetapkan pada 2017, dengan mengatakan tindakan disiplin universiti termasuk penggantungan dan denda “dibenarkan berdasarkan pandangan bahawa penyertaan para pelajar dalam perhimpunan diharamkan di universiti."
‘Tiada politik di kampus’
Semasa berkempen menjelang pilihan raya umum 9 Mei, gabungan Pakatan Harapan Mahathir telah berjanji untuk meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang menetapkan peraturan yang ketat terhadap aktiviti pelajar di luar kampus dan memberi hukuman bagi pelanggaran.
Pindaan selanjutnya mengetatkan kawalan ke atas aktiviti pelajar pada tahun 1975, 1983 dan 1996 berlaku semasa tempoh awal Mahathir sebagai menteri pendidikan dan perdana menteri.
Pindaan terbaru pada tahun 2012 memperluaskan kebebasan pelajar dengan syarat "Tiada politik di kampus," kata Fortify Rights.
"Kerajaan Malaysia harus meminda AUKU tanpa berlengah dan membuka peluang kepada universiti-universiti di Malaysia untuk menyumbang sepenuhnya kepada kehidupan politik negara," katanya.
Ia turut menggesa universiti untuk menggugurkan prosiding terhadap pelajar universiti yang menghadapi tindakan disiplin dalam "melaksanakan hak mereka untuk kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan secara aman."