Menteri Janji Bawa Isu Kadar Gaji Ke Kabinet

Lex Radz
2018.10.17
Kuala Lumpur, Malaysia
181017-MY-Gaji-620.jpg Sebahagian daripada pekerja yang mengadakan bantahan mengenai kadar gaji minimun di hadapan Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, 17 Oktober, 2018.
[LexRadz/BeritaBenar]

Menteri Sumber Manusia Malaysia M. Kulasegaran pada Rabu berjanji akan membawa isu kadar gaji minimum RM1,050 seperti yang diputuskan oleh Putrajaya sebelum ini dikaji semula di peringkat kabinet.

Menteri itu berkata demikian selepas meneliti memorandum yang dikemukakan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah kadar gaji minimum itu.

Kulasegaran, secara peribadi berjalan kira-kira 700 meter dari bangunan Parlimen ke Padang Merbuk untuk bertemu dengan lebih 100 orang yang mengadakan demonstrasi dan turut berbincang dengan 20 wakil kumpulan berkenaan di bangunan Parlimen.

“Pandangan mereka akan kita pertimbangkan. Saya setuju ada beberapa faktor yang menyebabkan penetapan nilai sedemikian RM1,050) iaitu kegawatan ekonomi negara dan terlampau banyak hutang.  

“Apabila Pakatan Harapan mengambil alih kerajaan pada 9 Mei lalu, kami tidak sangka jumlah hutang negara yang banyak. Untuk sementara waktu kita putuskan RM1,050,” kata Menteri itu.

Kulasegaran bagaimanapun berharap dapat membawa masalah itu untuk perhatian Kabinet pada Rabu depan.

"Kertas kabinet mesyuarat minggu ini (dari kementerian) akan dikemukakan hari ini(Rabu), jadi kami tidak mempunyai masa (hari ini). Akan ada kajian, tetapi saya komited untuk isu ini diberikan perhatian minggu depan, "katanya kepada pemberita selepas pertemuan tersebut.

Perdana Menteri Mahathir Mohamad pada awal September lepas telah membuat pengumuman tentang penetapan gaji minimum di seluruh negara dengan peningkatan sebanyak RM50 di Semenanjung dan RM130 bagi Sabah dan Sarawak.

Bermula Januari tahun hadapan, gaji minimum di Malaysia berjumlah RM1,050 (AS$258) sebulan iaitu kenaikan dari RM1,000 (AS$246) bagi Semenanjung dan RM920 (AS$226) di Sabah dan Sarawak.

“Ada yang berpendapat bahawa gaji minimum sepatutnya ditetapkan pada kadar RM1,800, dan ada juga yang kata RM1,500. Tetapi kerajaan sekarang berada dalam kesulitan kerana sebahagian besar dari wang digunakan untuk membayar balik hutang negara,” kata Mahathir di satu sidang media selepas mesyuarat majlis presiden di Petaling Jaya, Selangor di luar Kuala Lumpur pada masa itu.

Kerajaan baru Pakatan Harapan dikecam hebat berikutan pengumuman kenaikan gaji yang dikatakan berlawanan dengan manifesto piliharaya gabungan tersebut. Dalam manifesto itu, PH berjanji untuk menaikkan gaji minimumkepada RM1,500.

‘Bantah 1050’

Wakil kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai 'Bantah 1050' terdiri daripada Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) J. Solomon, Setiausaha Parti Sosialis Malaysia (PSM) Sivarajan Arumugam dan Naib Presiden Persatuan Pekerja-pekerja Bank (Nube) Chee Yeeh Ceeu.

Terdahulu, mereka membawa lebih daripada seratus orang penunjuk perasaan dalam perjalanan dari Padang Merbok ke kawasan Parlimen di mana mereka dihentikan oleh polis sekitar 50 meter dari pintu masuk bangunan berkenaan.

Solomon berkata ramai kumpulan itu tidak bersetuju dengan jumlah yang rendah terutamanya dari kumpulan B40 yang melibatkan 40 peratus penduduk Malaysia, yang masih hidup dalam hutang.

Beliau juga menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Selangor pada 2012, telah berjaya memperkenalkan gaji minimumkepada RM1,500 bagi semua kakitangan di agensi  kerajaan itu.

"Selangor (kerajaan) tidak muflis dengan upah minimum - bagaimana kerajaan persekutuan boleh menjadi muflis kalau pekerjadi sektor swasta menerima upah yang mencukupi?" katanya semasa pertemuan dengan menteri.

"Kami masih menyayangi PM, tetapi kami tidak mahu mengawalnya. Kami hanya mahu dia mengkaji kenaikan RM 50 yang dia katakan.

Mesyuarat tergempar Majlis Perundingan Gaji Negara (NMWC) pada 17 Julai telah mencadangkan RM1,170 (AS$281.85) sebagai gaji minimum baru, manakala PSM mahukan RM 1,500 (AS$361) sementara MTUC pula mahukan RM1,800 (AS$433).

Sementara itu, pemimpin Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan berpendapat bahawa peningkatan gaji minimum akan membantu merangsang ekonomi.

"Orang ramai akan mempunyai lebih banyak kuasa membeli dan ini seterusnya boleh membantu ekonomi juga," katanya.

Setiausaha Agung PSM, A. Sivarajan berkata tinjauan itu akan membantu kerajaan baru Malaysia daripada dikutuk di peringkat antarabangsa kerana tidak dapat mengurangkan kadar kemiskinan di negara ini.

"Sekiranya kita tidak mengkaji semula gaji ini maka kerajaan harus menangani masalahkemiskinan. Mereka perlu menjawab apabila laporan defisit ekonomi dikeluarkan dan mereka perlu menghadapi kritikan antarabangsa." katanya.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.