Perbicaraan Kim Jong Nam: Peguambela Timbul Keraguan Kaitan Agen Saraf VX

Hareez Lee, N. Nantha & Fadzil Aziz
2017.10.03
Shah Alam, Selangor
170803-MALAYSIA-620.jpg Pegawai polis mengiringi wanita Indonesia Siti Aisyah (dua dari kiri) ke kompleks Mahkamah Shah Alam, di luar Kuala Lumpur semasa hari kedua perbicaraan atas tuduhan membunuh Kim Jong Nam, bersama Doan Thi Hoang yang berasal dari Vietnam, 3 Okt, 2017.
[FadzilAziz/BeritaBenar]

Di bawah tekanan peguambela, seorang ahli patologi memberitahu mahkamah Malaysia pada Selasa bahawa ada kemungkinan, berdasarkan ujian darah, dan membuat kesimpulan bahawa kedua-dua wanita yang dituduh membunuh Kim Jong Nam, tidak menyentuh bahan kimia yang membunuh abang tiri diktator Korea Utara.  

Sampel darah yang diambil dari tubuh Kim juga menunjukkan kadar “enzyme cholinesterase’ yang sangat rendah, yang konsisten dengan keracunan agen saraf, ahli patologi Hospital Kuala Lumpur Norashikin Othman memberi keterangan.

Pakar patologi itu menjadi saksi pada hari kedua perbicaraan dua wanita Asia Tenggara yang didakwa membunuh abang tiri pemimpin diktator Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

"Keadaan semacam itu mungkin disebabkan oleh tindakbalas agen saraf atau racun perosak," kata Norashikin.

Cholinesterase adalah enzim yang mengawal otot dan tahap yang sangat rendah sehingga boleh menyebabkan kegagalan organ.

Kedua-dua defenden, wanita Indonesia Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, dari Vietnam dituduh membunuh Kim Jong Nam dengan didakwa menyapu mukanya dengan agen saraf VX yang diharamkan di KLIA 2, pada 13 Feb.

Tahap cholinesterase normal adalah antara 5,320 dan 12,290 unit per liter darah, tetapi tahap Kim adalah 344, Norashikin memberi keterangan. Dengan membandingkan, pembacaan enzim bagi Siti Aisyah dan Thi Huong, yang hasil keputusannya normal iaitu 6,781 dan 7,163.

Kedua-dua tertuduh , yang berdepan dengan hukuman mati jika didapati bersalah, mengaku tidak bersalah membunuh Jong Nam pada Isnin. Sebelum itu, kedua-dua wanita berkenaan mendakwa mereka menyangka yang mereka terlibat dalam ‘prank’ gurauan reality TV yang sedang difilemkan dengan kamera tersembunyi.

Norashikin bersetuju dengan pendakwaraya bahawa agen saraf seperti VX boleh mencetuskan tahap enzim rendah. Tetapi dia juga bersetuju dengan peguambela bahawa tahap rendah mungkin disebabkan oleh penyakit hati atau oleh lelaki yang mengambil hormon wanita.

Semasa sesi soal balas, Norashikin berkata adalah bermungkinan kedua-dua wanita itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan racun VX, tetapi dia juga berkata mereka boleh membasuh tangan mereka dengan sabun dan air atau menelan penawar selepas terdedah kepada dos yang rendah.

'Kejutan'

Selepas mahkamah ditangguhkan, Gooi Soon Seng, peguambela Siti Aisyah, mengadu bahawa pendakwaraya tidak menyerahkan laporan patologi yang mengesahkan tahap enzim normal kedua-dua wanita itu, yang dapat membantu perbicaraan mereka.

"Bukti ini tidak pernah disampaikan kepada kami, dan kami terkejut dengan sikap pendakwaraya kerana mereka sepatutnya mendedahkan semua bukti yang baik dan tidak baik kepada peguambela," katanya kepada pemberita. "Itu adalah faktor penting bagi kami."

Sekiranya kedua-dua tertuduh mempunyai paras ‘enzym cholinesterase” biasa, maka mereka tidak mengendalikan racun VX, katanya.

"Sekiranya beliau menyapu VX itu, mengapa tahap cholinesterasenya normal? Jika dia terdedah kepadanya, tahapnya mestilah sama rata atau rendah, " kata beliau, merujuk kepada anak guamnya.


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.