RUU 355 Ditunda Ke Sidang Dewan Akan Datang Selepas Dibentangkan
2017.04.06
Kuala Lumpur

Kontroversi cadangan untuk meminda Rang Undang-Undang bagi mengukuhkan sistem mahkamah syariah di Malaysia telah dibawa semula di Parlimen Malaysia pada Khamis tetapi ianya tidak kekal lama apabila Speaker Dewan Rakyat menunda perbahasannya ke persidangan parlimen akan datang, sehingga menyebabkan bantahan kuat dari anggota pembangkang.
Rang undang-undang persendirian atau lebih dikenali sebagai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) itu dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, yang juga Presiden Parti Islam Se-Malaysia Abdul Hadi Awang buat kali ketiga untuk meminda Seksyen 2 dalam akta berkenaan.
Kebanyakan Ahli Parlimen pembangkang membantah apabila Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia, yang juga seorang Ahli Parlimen dari Barisan Nasional, membuat mengumumkan untuk menangguh secara tiba-tiba perbahasan di sesi persidangan dewan akan datang yang menyebabkan suasana menjadi kecoh di Parlimen.
Penggubal undang-undang sebaliknya merancang untuk mengadakan perdebatan ‘olok-olok” rang undang-undang berkenaan di hadapan rakyat Malaysia pada Isnin depan.
"Saya dan beberapa ahli parlimen pembangkang tidak diberi sebarang peluang untuk berdebat di Parlimen hari ini, dan kami bersetuju untuk mengadakan debat olok-olok pada Isnin, 10 April berbincang mengenai pindaan itu," kata Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat Rafizi Ramli di dalam akaun Facebooknya.
Dalam pada itu, Naib Presiden Pas Iskandar Abdul Samad semasa dihubungi BeritaBenar berkata, “lulus atau tidak itu cerita lain, kita (Pas) sudah jalankan tanggungjawab sebagai Parti Islam untuk bentangkannya,”.
“Orang bergaduh bukan sebab RUU355, pasal goreng pisang pun orang bergaduh, Jadi perkara ini terpaksa kita hadapi sebab bila kita nak melakukan sesuatu yang baik sudah tentunya ada cabaran. Kita kena lalui cabaran ini." katanya.
Rang undang-undang tersebut dibentangkan kali pertama pada 26 Mei dan kemudiannya pada 24 November tahun lepas tetapi penerangan lanjut mengenai usul tersebut dibawa ke sesi kali ini.
Sebelum usul itu dibacakan Abdul Hadi, berlaku penangguhan hampir 35 minit apabila beberapa ahli parlimen pembangkang di kalangan DAP dan PKR membangkitkan peraturan-peraturan mesyuarat seolah-olah cuba menghalang ia dibentangkan.
Rang undang-undang itu dibawa ke Parlimen selepas berlakunya pelbagi insiden termasuk pertelingkahan di dalam dan luar dewan dengan pemimpin parti gabungan pemerintah UMNO, dan spekulasi bahawa parti tersebut akan menjalin hubungan dengan PAS untuk membolehkan bil berkenaan dibentangkan di Palimen.
Dan satu langkah yang lebih mengejutkan Mei tahun lalu, salah seroang menteri kabinet Najib meminta untuk mempercepatkan perbahasan rang undang-undang berkenaan.
Hukuman maksimum
Pada masa ini, mahkamah syariah Malaysia boleh mengenakan hukuman maksima penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 (AS$1,214) dan sebat sehingga enam kali.
Pindaan Rang undang-undang itu mencadangkan peningkatan hukuman di mana Hakim Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman penjara lebih 30 tahun atau denda lebih daripada RM100,000 (AS$ 22,557) dan sebat sehingga 100 kali sebagaimana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah.
Rang undang-undang tersebut telah dipuji sebagai satu langkah ke arah memperkenalkan Hudud, iaitu kanun keseksaan Islam oleh kumpulan hak asasi manusia tetapi PAS menjauhkan diri dari istilah berkenaan sebaliknya menggambarkannya sebagai langkah untuk mengukuhkan peruntukan mahkamah syariah yang sedia ada, bagi menangani peningkatan gejala sosial.
"Secara teknikal pindaan rang undang-undang itu adalah semata-mata bertujuan untuk meluaskan kuasa mahkamah syariah; ia bukan mengenai hudud, "kata Abdul Aziz Bari, seorang profesor perlembangaan undang-undang di Malaysia kepada BeritaBenar.
Abdul Hadi dalam satu kenyataan semasa membentangkan pindaaan rang undang-undang itu berkata, "Terdapat kebebasan beragama di Malaysia. Maka mengapa umat Islam di negara ini tidak boleh mengamalkan agama mereka sepenuhnya? "
"Tidak ada seorang bukan Islam telah didakwa. Saya ingin menggesa Ahli Parlimen bukan Islam supaya tidak bimbang tentang implikasinya, ‘kata Presiden PAS itu.
Pengkritik dan pembangkang meragui rang undang-undang tersebut; dan menyifatkannya sebagai permainan politik oleh Najib untuk kekal berkuasa dan mendapatkan sokongan dari kaum Melayu.
Hampir kesemua orang Melayu di Malaysia beragama Islam; dan kira-kira 61% daripada 30.5 juta rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa beragama Islam. Bagaimanpun, ramai juga rakyat dari kaum Cina, India dan orang asli yang bukan Islam.
Sementara itu, pilihan raya, yang sering diadakan setiap lima tahun, dijangka akan diadakan sebelum pertengahan tahun depan.
Fadzil Aziz turut menyumbang kepada laporan ini.