Pemimpin Pembangkang No.2 Kemboja Dibenarkan Masuk ke Malaysia
2019.11.07
Kuala Lumpur

KEMASKINI pada 11.55 petang waktu tempatan - 2019-07-11
Malaysia akhirnya membenarkan figura kanan pembangkang Kemboja memasuki negara pada Khamis selepas menahan beliau lebih kurang 19 jam, menurut pegawai dari Malaysia sehari selepas negara jiran Thailand berkata ia akan menghalang ketua pembangkang Kemboja Sam Rainsy dari memasuki negara itu.
Rainsy dan figura kanan pembangkang mencuba untuk kembali ke tanahair pada 9 November untuk mengetuai beberapa siri bantahan yang bertujuan untuk mengembalikan demokrasi di Kemboja. Perdana Menteri Hun Sen mengatakan bahawa rancangan itu adalah sebahagian dari cubaan rampasan kuasa dan berikrar untuk menangkap Rainsy.
Mu Sochua, naib presiden parti pembangkang Parti Penyelamat Nasional Kemboja(Cambodia National Rescue Party)(CNRP), tiba di Malaysia lewat Rabu dan ditahan untuk disoalsiasat berkenaan niat beliau datang ke Malaysia, Menteri Luar Negeri Saifuddin Abdullah berkata kepada pemberita di lobi Parlimen di ibukota awal Khamis.
Saifuddin mengesahkan bahawa Malaysia telah menerima permintaan dari kerajaan Kemboja untuk menghantar pulang Mu Sochua.
“Kami telah menerima permohonan tetapi kami akan membuat keputusan sendiri,” kata Saifuddin yang menggelarkan ianya sebagai “ permohonan normal oleh kerajaan yang mahukan kita menghantar pulang sejumlah individu.”
Pada malam Khamis, Jerald Joseph, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengesahkan pembebasan Mo Sochua dan two lagi aktivis Kemboja.
“Sah. Dokumen sedang diproses. Ketiga-tiga akan dibebaskan. Saya telah bercakap dengan Sochua dan dia OK,” kata Joseph kepada Benar.
Beliau turut berkata Sochua dan dua activis tersebut akan berada di Malaysia selama tiga hari sebelum berlepas ke negara ketiga.
“Mereka tidak akan kembali ke Kemboja. Mereka akan tinggal di Kuala Lumpur selama tiga hari sebelum bergerak keluar ke negara ketiga. Itu sahaja. Saya tidak boleh memberitahu lebih dari itu,” kata Joseph kepada Benar.
Mu Sochua tiba di Malaysia selepas duta Kemboja ke Indonesia merempuh masuk ke dalam sidang media yang dilakukan Sochua di Jakarta pada Rabu dan memberitahu beliau bawa polis Kemboja akan melakukan penangkapan jika beliau tidak meninggalkan negara itu.
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-o-Cha pada Rabu memetik dasar ASEAN yang tidak mencampuri urusan negara lain dalam mengumumkan keputusan kerajaan untuk tidak membenarkan Rainsy memasuki Kemboja melalui Thailand.
“Berdasarkan kepada komitmen kami terhadap ASEAN, kami tidak akan mencampuri urusan dalaman negara masing-masing dan kami tidak akan membenarkan individu anti kerajaan menggunakan Thailand untuk ‘activism’,” bekas pemimpin junta yang dilantik menjadi perdana menteri Thailand itu berkata kepada pemberita di Bangkok.
“Saya telah mengeluarkan arahan jadi beliau tidak akan boleh memasuki negara.”
Teddy Baguilat dari Ahli Parlimen ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia(APHR) berkata beliau berharap tindakan Malaysia itu akan memberikan inspirasi kepada Thailand untuk memikirkan semula keputusan mereka.
"Kami menyambut baik keputusan kerajaan Malaysia untuk membenarkan Mu Sochua dan juga dua aktivis muda Keith Ngoeum dan Seang Leang Heng untuk memasuki negara,” kata bekas ahli parlimen Filipina itu yang turut menambah bahawa ketiga-tiga tidak sepatutnya ditahan langsung.
“Kami berharap ini akan menjadi inspirasi buat Thailand untuk membenarkan Sam Rainsy untuk memasuki negara itu dan semua negara ASEAN harus menghormati hak asasi semua orang,” kata beliau.
Malaysia telah menahan dua aktivis Kemboja pada Isnin ketika mereka sedang menunggu pesawat ke Thailand.
Perdana Menteri Mahathir Mohamad dalam satu sidang media di Putrajaya memberitahu pemberita bahawa kerajaan tidak mahu bergesel dengan negara luar berkaitan perkara tersebut.
“Prinsip kita di dalam ASEAN secara umumnya kita tidak akan masuk campur dalam urusan dalaman negara lain. Kita tidak mahu mereka menggunakan Malaysia sebagai pusat perjuangan mereka di negara luar,” kata Mahathir selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Nasional Janji Kerajaan) di Putrajaya.
Perdana menteri turut berkata kerajaan mahu mengusir Sochua tetapi ada orang minta beliau datang ke Malaysia.
“…kini kami cuba mencari mana-mana negara yang boleh menerimanya.
“Oleh kerana mereka melakukan jenayah di negara lain, tindakan diambil (ditahan) bukan kerana jenayah yang mereka lakukan di sini,” katanya kepada pemberita.