Lingkaran Masyarakat Cina Asia Tenggara Dalam Tahun Babi

Staf BeritaBenar
2019.02.05
Washington, District of Columbia
190205-SS-MY-CNY001.jpg

Tarian Naga menyemburkan api ketika melakukan persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina di Stadium Likas, Sabah, Malaysia, 5 Febuari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190205-SS-MY-CNY002.jpg

Persembahan tarian singa semasa sambutan Tahun Baru Cina yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah, Malaysia, 5 Februari, 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190205-SS-MY-CNY-003.jpg

Generasi muda memberi hormat kepada anggota keluarga yang lebih tua semasa mereka berkumpul meraikan sambutan Tahun Baru Cina di Likas, Sabah, Malaysia, 5 Febuari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190205-SS-ID-CNY003.jpg

Wanita Bali memakai pakaian tradisional 'kebaya' sedang berdoa di sebuah Kuil Cina pada hari pertama sambutan Tahun Baru China di Denpasar di pulau peranginan terkenal di Indonesia, 5 Februari 2019. [AFP]

190205-SS-ID-CNY004.jpg

Masyarakat Tionghua Indonesia mengambil kesempatan membersih patung tuhan Cina sebagai persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina di sebuah kuil di pinggiran Jakarta, Indonesia, 30 Januari, 2019. [AP]

190205-SS-TH-CNY005.jpg

Lampu LED dipasang pada singa dan naga semasa persembahan tarian naga dan singa dari ketinggian 314 meter [1,030 kaki] di dek kaca sebuah bangunan tertinggi di Bangkok, King Power Mohanakhon, Thailand, 4 Febuari 2019. [AP]

190205-SS-PH-CNY006.jpg

Kanak-kanak menunjukkan tabung berupa babi bersempena sambutan Tahun Baru Cina, yang dalam giliran kalendar lunar ziodak Cina bagi tahun ini adalah babi, di Lucky Chinatown Plaza di Manila, Filipina, 1 Febuari 2019. [AP]

190205-SS-PH-CNY007.jpg

Dengan belon yang berbentuk babi, kanak-kanak kecil jalanan berbangsa Cina-Filipina memberi tindak balas kepada orang awam yang menyusuri laluan sekitar tempat itu semasa perayaan Tahun Baru Cina di Chinatown Manila, Filipina., 5 Februari 2019. [AP]

190205-SS-MY-CNY009.jpg

Etnik Cina Malaysia dengan pakaian tradisonal masyarakat itu semasa sambutan Tahun Baru Cina di Likas, Sabah, Malaysia, 5 Febuari 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Negara-negara di Asia Tenggara menyertai berjuta-juta orang di seluruh dunia meraikan sambutan Tahun Baru Cina pada Selasa, yang menandakan bermulanya Tahun Babi dengan persembahan tarian singa, membakar mercun dan memberi wang dalam sampul berwarna merah yang juga dikenali sebagai ‘angpau’ - dengan harapan mendapat nasib baik sepanjang tahun.

Negara China merujuk acara lunar sebagai Pesta Musim Bunga. Kaum Cina di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina menyambut kedatangan tahun baru dengan menghias rumah mereka dengan pelbagai sepanduk berwarna merah.

Perayaan itu menandakan bermulanya kalendar tradisional Cina yang terbahagi kepada 12 kitaran tahun sempena dengan nama haiwan. Hari pertama perayaan bermula pada bulan baru yang muncul antara 21 Jan dan 20 Feb.

Sambutan itu merupakan acara terbesar bagi masyarakat Cina, yang dikaitkan dengan beberapa mitos dan adat serta tradisi menghormati dewa-dewi, serta nenek moyang mereka.

Tetapi di Asia Tenggara, masyarakat Cina juga mengikuti adat dan budaya serantau termasuk berkumpul bersama sanak saudara dan sahabat handai untuk menikmati juadah tradisional.

Dumpling adalah makanan paling terkenal di kalangan masyarakat Cina, tetapi ‘potsticker’ tahun baru lebih istimewa kerana ia dibentuk menyerupai jongkong emas yang dipercayai membawa kekayaan pada masa depan.

Di Malaysia, adalah satu tradisi bagi keluarga Cina untuk membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, dan mereka percaya rumah yang dibersihkan itu dapat menjauhkan nasib buruk dari tahun sebelumnya serta boleh membawa nasib baik untuk tahun seterusnya.

Warna merah melambangkan nasib yang baik dalam tradisi Cina, dan di Asia Tenggara, ‘angpau’ akan diagihkan kepada kaum keluarga semasa makan malam bersama sanak saudara. Mereka juga berpegang kepada adat bahawa jumlah wang yang diberi adalah nombor genap, lebih baik lagi kalau nombor 8, iaitu nombor yang dianggap paling bertuah.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.