Tanjak, Sarong dan Pakaian Tradisional Sempena Sambutan Hari Malaysia

S. Mahfuz
2019.09.16
Kuala Lumpur, Malaysia
190916-MY-SS-Tanjak01.jpg

Penumpang keretapi MRT memakai tanjak sempena kempen memakai tanjak pada sambutan Hari Malaysia dengan menaiki keretapi dan turun di Stesen Masjid Jamek, untuk berarak ke Dataran Merdeka bagi menyertai program 'Keretapi Sarong' di Kuala Lumpur, 16 September 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190916-MY-SS-Tanjak02.jpg

Penumpang keretapi MRT memakai tanjak dan juga berpakaian tradisional pelbagai budaya menaiki keretapi menyertai program 'Keretapi Sarong'. Mereka akan turun di Stesen Masjid Jamek, dan berarak beramai-ramai ke Dataran Merdeka bagi menyambut Hari Malaysia di Kuala Lumpur, 16 September 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190916-MY-SS-Tanjak03.jpg

Bertanjak bagi lelaki, dan bagi perempuan mereka mengenakan Sarong menutupi kepala semasa program 'Keretapi Sarong 2019', sempena sambutan Hari Malaysia, di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, 16 September 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190916-MY-SS-Tanjak04.jpg

Kanak-kanak berbangsa Melayu memakai tanjak menunujukkan aksi seperti sedang bersilat pada program "Keretapi Sarong' sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, di Kuala Lumpur, 16 September 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190916-MY-SS-Tanjak05.jpg

Hujan tidak menghalang pemuda-pemudi Melayu yang berpakaian seperti pendekar serta bertanjak untuk berkumpul di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada program "Keretapi Sarong' sempena sambutan Hari Malaysia, 16 September 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190916-MY-SS-Tanjak06.jpg

Kanak-kanak Melayu mengenakan baju kebangsaan serta bertanjak berarak beramai-ramai pada sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 16 September 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

190916-MY-SS-Tanjak07.jpg

Mereka yang bertanjak keluar daripada gerabak keretapi di stesen Pasar Seni, mahu menyertai yang lain dalam program 'Keretapi Sarong' sempena sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, 16 September 2019. [S. Mahfuz/BeritaBenar]

Sambutan Hari Malaysia di ibu negara Kuala Lumpur diwarnai dengan program “Keretapi Sarong 2019”, di mana rakyat Malaysia menunjukan patriotik kepada negara melalui pemakaian baju tradisional, kain sarong dan bertanjak menaiki keretapi menuju ke Dataran Merdeka.

Lebih 4,000 rakyat Malaysia membanjiri Dataran Merdeka dengan mengenakan baju tradisional daripada berbilang bangsa, berkain sarong pelbagai warna dan gaya, melangkah bangga, berarak melalui jalan-jalan yang sibuk di sekitar ibu negara untuk menyambut Hari Malaysia di kawasan dataran berkenaan sejak awal pagi lagi.

Mereka yang menyertai program 'Keretapi Sarong' juga berkempen memakai tanjak, berkumpul terlebih dahulu di stesen Masjid Jamek sebelum berjalan beramai-ramai menyanyikan lagu-lagu patriotik sekaligus menunjukkan kepelbagaian budaya dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.

Lima stesen MRT mengambil bahagian dalam program Keretapi Sarong itu dan perayaan Hari Malaysia disambut setiap 16 September.

Program Keretapi Sarong dianjurkan oleh kumpulan masyarakat tempatan Local Companion (LOCCO) sejak 2011. Tahun ini program itu merupakan yang ketiga diadakan dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.