Diambang Pembubaran Parlimen, RoS Batal Pendaftaran Parti Pembangkang Utama

Hata Wahari
2018.04.05
Kuala Lumpur
180405-MY-bersatu-620.jpg Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan Surayati Ibrahim memperlihatkan notis pembatalan pendaftaran sementara yang dikeluarkan terhadap Parti Pribumi Bersatu Malaysia [Bersatu], 5 April, 2018.
[Hata Wahari/BeritaBenar]

Pihak berkuasa Malaysia membatalkan pendaftaran parti pembangkang utama pada Khamis, dengan pemimpinnya Mahathir Mohamad memanggil tindakan itu sebagai "penyalahgunaan kuasa" dan percubaan untuk mengelirukan rakyat di ambang pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri sebelum pilihan raya umum.

Pendaftaran Parti Bersatu yang dipimpin oleh Mahathir telah dibatalkan kerana gagal menyerahkan beberapa dokumen dalam tempoh 30 hari selepas diminta berbuat demikian, Ketua Pengarah Pendaftaran Pertubuhan (RoS), Surayati Ibrahim memberitahu.

Bersatu adalah sebuah parti dalam blok pembangkang Pakatan Harapan (PH), dan RoS menolak permohonan PH untuk mendaftar sebagai satu gabungan parti politik, katanya.

Permohonan untuk mendaftarkan PH juga telah ditolak kerana pendaftaran sementara Bersatu telah dibatalkan," Surayati mengumumkan pada pukul 2 petang, sejam selepas parlimen menunda sesi terakhir dalam tempoh pentadbiran semasa.

Mahathir, bekas perdana menteri yang telah bersara dan sejak dua tahun lepas berpaling tadah daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), berkata PH akan merayu kepada kerajaan dan mahkamah jika perlu.

Tindakan RoS itu bertujuan untuk menghalang partinya daripada mencabar UMNO dalam pilihan raya, kata satu kenyataan dari Bersatu.

"Seperti yang kita ketahui, parti kami adalah parti yang berfungsi," kata Mahathir kepada pemberita.

RoS mendakwa Bersatu mempunyai 30 hari lagi untuk mematuhi arahan agensi kerajaan itu untuk menyediakan dokumen yang berkaitan dengan mesyuarat yang diadakan di cawangan, bahagian dan peringkat pusat, atau berdepan dengan pembatalan pendaftaran untuk selama-lamanya.

Surayati memberitahu pemberita bahawa tindakan itu perlu kerana Bersatu gagal mematuhi notis yang dikeluarkan pada 28 Februari.

Beliau menafikan terdapatnya tekanan politik dari UMNO, sambil menambah bahawa RoS sedang menyiasat sebanyak 402 aduan daripada anggota Bersatu,  yang katanya, tidak berpuas hati dengan cara parti itu ditadbir.

Notis itu telah diserahkan kepada Setiausaha Agung Bersatu, Shahruddin Md Salleh, kata Suriyati kepada pemberita di Ibupejabat RoS di Putrajaya. Sepanjang tempoh 30 hari, Bersatu tidak dibenarkan menjalankan sebarang aktiviti menggunakan nama atau logonya.

"Tindakan akan diambil jika mereka enggan mematuhi undang-undang," kata Suriyati tanpa menjelaskan apa tindakan yang akan diambil.

Tidak boleh menghalang kami: Mahathir


Bercakap kepada wartawan beberapa jam kemudian di Ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Mahathir mencabar legitimasi notis yang dikeluarkan itu, dengan mendakwa ianya dihantar kepada alamat yang salah. Walaupun ia bertarikh 28 Februari, ia tidak diserahkan sehingga 6 Mac, bermakna 30 hari yang asal untuk bertindak balas belum luput, katanya.

Bersatu juga menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh RoS, katanya.

"RoS telah diberitahu bahawa kami tidak mempunyai cawangan," kata Mahathir, sambil menambah bahawa kerana ia adalah satu parti baru, maka tidak ada mesyuarat dan tidak ada minit. Kenyataan media itu berkata Shahruddin telah berhubung dengan RoS pada 30 Mac lalu untuk bertanya sama ada maklumat tambahan diperlukan dan beliau telah dimaklumkan bahawa pihaknya telah mematuhi semua permintaan.

Sementara itu, gabungan pakatan akan bergerak ke hadapan dengan kempennya sehingga mahkamah mengeluarkan perintahnya, kata Mahathir, sambil menambah ia merancang untuk menggunakan nama dan logonya.

"Tidak mungkin mereka boleh menghalang kami daripada bertanding. Mereka boleh mengisytiharkan pihak kami menyalahi undang-undang, tetapi mereka tidak boleh mengisytiharkan kami menyalahi undang-undang, "kata Mahathir kepada pemberita dan penyokongnya.

Perdana Menteri Najib Razak dijangka akan membubarkan parlimen pada petang Jumaat - selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya akan menetapkan tarikh pilihan raya - Mahathir mengumumkan satu peristiwa akan berlaku pada malam itu di mana PH akan membincangkan rancangan kempennya.

"Kami adalah parti yang sangat terbuka," kata Mahathir. "Tiada rahsia, tiada apa yang hendak disembunyikan."

Mahathir mengetuai gabungan Pakatan Harapan yang kini mencabar kedudukan Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib dalam pilihan raya umum ke-14.

Pilihan raya itu mesti diadakan sebelum akhir Ogos tetapi dijangka akan diadakan lebih awal, pada permulaan bulan Mei ini.


Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.