Malaysia Patah Cubaan Seludup Tanduk Badak Sumbu Bernilai RM13 Juta

Hata Wahari
2017.04.10
Kuala Lumpur
170410-my-Sumbu620.jpg Pengarah Jabatan Kastam DiRaja Malaysia Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Hamzah Sundang menunjukkan tanduk badak sumbu bernilai RM13 juta yang dirampas Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Lapangan Terbang Kuala Lumpur, Sepang, 10 April 2017.
[Ihsan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia]

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berjaya mematahkan cubaan menyeludup tanduk badak sumbu bernilai RM13 juta yang dipercayai diseludup dari Mozambique.

Pengarah JKDM KLIA, Hamzah Sundang berkata, 18 tanduk badak sumbu seberat 51.4 kilogram dengan nilai RM13 juta ke atas kotak kayu yang tiba di Gudang Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA.

"Rampasan ini dibuat berdasarkan maklumat setelah kami mengesyaki sebuah kotak kayu membawa barang larangan tiba menerusi penerbangan Qatar Airways dari Mozambique dan transit di Doha, Qatar sebelum ke KLIA,`` katanya pada Isnin.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapat tanduk badak sumbu yang dirampas itu diikrarkan sebagai surat muatan udara manakala alamat yang digunakan adalah palsu.

Menurut Hamzah, kes tersebut disiasat di bawah seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 kerana mengimport barang larangan.

Katanya, jika sabit kesalahan boleh dihukum denda minimum 10 kali nilai atau maksimum 20 kali ganda daripada nilai barangan yang disita atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau menambah, rampasan  tanduk badak sumbu ini merupakan  yang pertama seumpamanya di Malaysia dan pihaknya  tidak jelas sama ada destinasi terakhir tanduk itu ialah Malaysia atau hanya sebagai transit sebelum ke negara lain.

Katanya, alamat penerima tanduk itu didapati palsu dan ejen yang menguruskan penghantaran juga palsu malahan kesemua dokumen-dokumen kastam yang  digunakan juga didapati palsu.

``Buat masa ini belum ada sesiapa yang menuntut tanduk badak sumbu itu yang secara tradisinya digunakan untuk rawatan tradisional dan siasatan juga sedang dijalan terhadap mereka yang terlibat dalam penyeludupan ini,`` tegasnya.

Tanduk badak sumbu telah diharamkan untuk sebagai transaksi perniagaan seperti konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan bulan lepas, kerajaan Thailand turut merampas tanduk badak sumbu bernilai lebih RM25 juta yang merupakan rampasan terbesar di negara itu.

Pada Dis lepas, Cameroon memberitahu yang negara itu berjaya memintas cubaan menyeludup lebih 670 kilogram tenggiling Afrika yang pihak berkuasanya percaya untuk diseludup dari negara Afrika Tengah ke Malaysia.

 

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.